BONGKAR! MH370 Dipandu Orang yang TAHU Cara Elak Dikesan Radar
KUALA
LUMPUR – Para penyiasat kini percaya bahawa sebuah pesawat Penerbangan
Malaysia (MAS) telah dikemudikan oleh seseorang yang berkemahiran tinggi
bagi mengelak pergerakan kapal terbang itu dikesan radar, kata seorang
pegawai kanan tentera Malaysia kepada agensi berita AFP semalam.
Radar
tentera Malaysia menunjukkan pesawat Boeing 777-200 itu telah mengubah
arah semasa dalam penerbangan ke Beijing, China dan ia dipercayai menuju
ke arah Lautan Hindi.
“Dia (juruterbang itu) seorang yang berkemahiran tinggi, cekap dan merupakan seorang juruterbang.
“Juruterbang
itu mengetahui cara untuk mengelakkan pesawat itu dikesan radar. Dia
telah membuat kajian tentang cara untuk mengelakkan pesawat itu dikesan
(radar),” kata pegawai tersebut yang enggan namanya disiarkan.
Rumusan
itu dibuat selepas agensi berita AP melaporkan kelmarin bahawa satelit
Inmassat menerima lima atau enam isyarat ’ping’ atau denyut elektronik
selama empat jam dari pesawat tersebut
Akhbar
Washington Post melaporkan, transponder pesawat itu yang menerima
isyarat dari menara kawalan dimatikan 30 minit selepas berlaku
komunikasi suara terakhir dari kokpit MH370.
Komunikasi dari pesawat itu ialah: “Baiklah, selamat malam.”
Agensi
berita AFP melaporkan, seorang pensyarah penerbangan di Politeknik
Temasek, Singapura Paul Yap menyatakan terdapat dua keadaan yang boleh
menyebabkan transponder itu dimatikan.
“Pertamanya,
orang yang terlibat menutup transponder itu dengan sengaja ialah iaitu
juruterbang dan orang yang bersengkokol dengannya.
“Kita
turut berdepan dengan senario apabila para pengganas memaksa
juruterbang itu mengubah arah haluan dan menutup transponder ketika
dures (ancaman). Pengganas itu mungkin mengancam untuk membunuh
penumpang,” katanya.
Beberapa
penganalisis berkata, transponder MH370 ditutup ketika pesawat itu
berada pada paras altitud penerbangan yang membolehkan juruterbang pergi
ke tandas atau menikmati minuman kopi.
Menurut
akhbar New York Times, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
dalam sidang akhbarnya semalam menyentuh tentang kawasan komunikasi
terakhir antara pesawat itu dengan satelit.
Najib
berkata, komunikasi kali terakhir antara pesawat itu dengan sebuah
satelit mungkin berlaku di laluan koridor utara yang menjangkau lebih
kurang dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga ke utara
Thailand.
Komunikasi
terakhir pesawat dengan satelit itu juga mungkin berlaku di laluan
koridor selatan dari Indonesia sehingga ke selatan Lautan Hindi.
Menurut Najib, pasukan penyiasat sedang berusaha untuk memperhalusi lagi maklumat ini.
Namun,
akhbar itu melaporkan lalun koridor utara itu terletak berhampiran
kawasan yang dianggap paling bergolak di dunia dan menempatkan
kumpulan-kumpulan pemberontak.
Namun, laluan tersebut juga mempunyai rangkaian pertahanan udara yang dikendalikan tentera AS.
Laluan koridor utara itu turut meliputi Iran, Afghanistan, utara Pakistan, utara India, banjaran Himalaya dan Myanmar
Bagaimanapun,
koridor utara itu mempunyai beberapa buah pangkalan tentera milik AS
dan anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Afghanistan
yang wujud sejak lebih sedekad lalu.
Sebuah angkalan tentera yang terdapat berhampiran koridor utara itu adalah di Bagram, Afghanistan milik tentera AS.
Akhbar itu melaporkan laluan koridor selatan yang dinyatakan Najib itu bermula dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
BEBERAPA
anggota Pengawal Pantai Jepun memeriksa tayar sebuah pesawat yang akan
berlepas dari Lapangan Terbang Subang, Kuala Lumpur untuk mencari
pesawat MH370 di Laut China Selatan semalam. - Reuters
Transponder
Menurut
laporan akhbar tersebut, jika pesawat berkenaan melalui koridor
selatan, ia akan melintasi kawasan dekat Kepulauan Cocos milik
Australia.
Kepulauan kecil yang mempunyai penduduk kurang 1,000 orang itu mempunyai sebuah lapangan terbang kecil.
Justeru,
seorang pengasas perkhidmatan pengesan global Flightradar24, Mkael
Robertson menyatakan, cara komunikasi pesawat itu diputuskan menunjukkan
terdapat penglibatan seseorang yang mempunyai kepakaran dalam bidang
penerbangan dan mengetahui laluan udara.
Menurut Robertson kepada akhbar tersebut, kepakaran penerbangan itu kemungkinan dimiliki oleh seorang kru pesawat.
Beliau
berkata, signal transponder yang ditutup bagi mengelak pesawat tersebut
dikesan radar selepas ia berlepas dari lapangan terbang menunjukkan
terdapat seseorang yang sengaja melakukan perbuatan itu untuk sesuatu
tujuan.
Akhbar
New York Times melaporkan, seorang individu yang telah mendengar
taklimat berhubung perkembangan siasatan pesawat tersebut menyatakan,
kotak komunikasi yang terdapat di dalam pesawat MH370 itu merupakan
generasi lama yang tidak dilengkapi dengan sistem kedudukan sejagat
(GPS).
Seramai 153 penumpang dalam pesawat itu ialah warga China.
Pesawat itu membawa 227 penumpang dan 12 kru itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.40 pagi.
Komunikasi kali terakhir kapal terbang tersebut dengan menara kawalan trafik awam adalah pada pukul 1.21 pagi.
Kehilangan
pesawat itu kemudian mencetuskan misteri kerana tiada serpihan badan
Boeing 777-200 yang ditemui di Laut China Selatan dan Selat Melaka
selepas operasi mencari kapal terbang berkenaan dilancarkan dengan
melibatkan beberapa buah negara sejak 8 Mac lalu.
Pesawat itu dipandu juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, dan pembantunya, Fariq Abdul Hamid, 27.
Dua
penumpang Iran dikenal pasti menggunakan pasport curi yang menaiki
pesawat itu ialah Pouri Nour Mohammadi, 19, dan Delavar Seyed Mohammad
Reza, 29.
Pouri menggunakan pasport Austria manakala Delavar menggunakan pasport Itali yang telah dicuri di Thailand.
Penumpang
lain yang menaiki pesawat itu ialah 38 warga Malaysia, tujuh orang
penduduk Indonesia, enam warga Australia, lima warga India, empat rakyat
Perancis, tiga warga AS dan dua warga New Zealand.
Turut menaiki pesawat MH370 ialah dua warga Ukraine, dua warga Kanada, Rusia (1), Taiwan (1) dan Belanda (1). – Agensi
ADA SEBARANG KOMEN??