BONGKAR! PENJELASAN Bekas Pengarah DCA! Kenapa Tragedi MH370 JAUH LEBIH RUMIT dari Tanjung Kupang?
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Hamzah Abdul Majid mengakui bahawa insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 lebih rumit berbanding dengan tragedi MH653 milik MAS yang terhempas diTanjung Kupang.
Mengimbas kembali insiden 4 Disember 1977 itu, Hamzah berkata antara tugas DCA ketika itu adalah untuk membuat siasatan dan membuat analisa supaya ia tidak berlaku lagi. Namun, situasi berbeza dengan insiden MH370 setelah misi SAR masuk ke-18 pada Selasa. Tanpa bangkai pesawat, rumusan tidak dapat dibuat.
"Peristiwa MH370 jauh kebih rumit berbanding peristiwa di Tanjung Kupang. Di Tanjung Kupang kita tahu di mana kapal terbang itu terhempas. Tetapi MH370 kita tidak tahu ia di mana,” katanya.
Tambah beliau, ketika kejadian di Tanjung Kupang, DCA terus menubuhkan pasukan siasatan, mengawal kawasan dimana pesawat terhempas dan menyelamantkan kotak hitam
Datuk Hamzah Abdul Majid |
“Tugas untuk mencari dan mengeluarkan kotak hitam itu adalah tugas DCA. Sebaik sahaja kita dapat keluarkan kotak hitam itu, kita terus hantar ia ke Amerika Syarikat,” kata beliau.
Walaupun tragedi MH653 dan MH370 akan mencatat memori pahit dalam industri penerbangan namun Hamzah berkata pengangkutan udara adalah paling selamat dan MAS adalah salah satu syarikat yang dihormati.
Katanya, apa yang dipelajari dari insiden MH653 adalah bukan kesalahan teknikal tetapi berkaitan tentang keselamatan di lapangan terbang.
"Kita harus memperketatkan keselamatan di lapangan terbang. Bermula dari insiden itu, kita telah memperkenalkan beberapa langkah keselamatan," kata Hamzah.
.[GEMPAR] Ustaz Darul Manzil Mimpi Punca Kehilangan Pesawat MH370
LAGI BERITA TERKINI MH370
ADA SEBARANG KOMEN??