MH370: BILA SAINTIS MELAYU BUAT PENJELASAN TENTANG SATELIT, INMARSAT, DAN LAIN-LAIN......

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

MH370: BILA SAINTIS MELAYU BUAT PENJELASAN TENTANG SATELIT, INMARSAT, DAN LAIN-LAIN......

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com


Pensyarah Fakulti Kejuruteraan UPM Prof Madya Dr Aduwati Sali yang berkelulusan Doktor Falsafah dalam bidang Komunikasi Satelit dan Mudah Alih dari United Kingdom.

Beliau turut menerangkan bagaimana satelit berkenaan menggunakan sistem isyarat “ping” dan “handshake” yang dihantar pesawat MH370 kepada satelit Inmarsat berkenaan.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkembangan terbaru berkenaan pesawat MH370 berkata analisis yang digunakan satelit Inmarsat untuk mengenalpasti lokasi terakhir MH370 tidak pernah digunakan pada mana-mana siasatan sebelum ini.

Menurut Dr Aduwati, isyarat yang dihantar ke Inmarsat adalah daripada enjin Rolls Royce Boeing 777-200ER yang telah didaftarkan dengan Inmarsat.

“Enjin pesawat ini telah didaftarkan dengan satelit Inmarsat.. ia memang tidak dapat dimatikan secara manual kerana sukar.. kita masih ada komunikasi selepas daripada transponder itu ditutup.

“Komunikasi dari satelit ini, ia setiap jam.. pesawat akan hantar isyarat (ping) kepada satelit dalam masa setiap satu jam yang bermula pada pukul 1.11 pagi (8 Mac).

“Jadi dari pukul 1.11 pagi, 2.11 pagi sehinggalah 8.11 pagi, ada sekitar lapan ping berlaku antara enjin pesawat MH370 dengan Inmarsat,” katanya dalam satu temubual dengan Harian Metro.

Menurut Dr Aduwati, Inmarsat turut menggunakan sebuah lagi pesawat MAS MH377 ke Guangzhou, China sebagai perbezaan untuk perbandingan lokasi antara koridor utara dan selatan bagi mengesan MH370.

Harapnya, dengan penerangan Dr Aduwati dalam bahasa Melayu, kuranglah spekulasi berkaitan MH370 yang akan dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak faham bagaimana pihak Inmarsat melakukan analisis yang memberikan petunjuk baru di mana pesawat MH370 kali terakhir berada.

Pasukan penyiasat bukannya mengambil mudah analisis ini sebelum mendedahkannya kepada umum dan ia sememangnya teknologi moden yang ada pada enjin Rolls Royce berkenaan sebagai persediaan jika peralatan transponder dimatikan dengan sengaja. –MYNEWSHUB.MY

  • #MH370: Bagaimana Kalau Hayat Kotak Hitam Berakhir? Hishammuddin Tampil Beri Jawapan!
    21/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Sebahagian daripada pasukan Tentera Udara…
  • Sayu- 2 Gambar budak mati dipukul & disimbah air panas oleh ibu! (Berita Penuh)
    28/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com "Mak, adik tak buat dah, sakit".Itu…
  • Isu Cadbury: Kementerian Kesihatan Malaysia Akui Silap!! Sketsa Apa Pulak ni??
    04/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com sumber : mymediahub Kuala Lumpur 3 Jun…
  • SEBARKAN! Taktik Terbaru PENCULIKAN Kanak-Kanak,Atas Kendong Ibu Pun Diorang BERANI!
    23/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Memang MELAMPAU penculik sekarang, baca…
  • MESTI TENGOK! Panggilan Hangit HOT FM Kepada Isteri Nor Farhan Dikatakan Melampau
    10/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Rasanya semua antara kita sangat tahu…
  • BONGKAR! Perisikan Rusia Dedah Indentiti Individu Rampas MH370
    11/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Gambar hiasan Perisikan FSB Russia -…
  • FAKTA: 10 Bandar dengan Kos Sara Hidup Paling Mahal di Malaysia!
    15/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Dipetik daripada kajian yang dilakukan…
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus