Misi Menawan Pulau Dajal Di Seluruh Dunia!!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

Misi Menawan Pulau Dajal Di Seluruh Dunia!!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com

"Misi Menawan Pulau Dajal Di Seluruh Dunia"

Pada tarikh 2 Ogos 1964 - Kapal perang Amerika Syarikat (AS), USS MADDOX yang berlabuh di Teluk Tonkin telah diserang oleh tentera laut Vietnam Utara.

Misi Menawan Pulau Dajal Di Seluruh Dunia

Warga Amerika bingung memikirkan bagaimana negara sekecil itu begitu berani untuk menyerang kuasa tentera terbesar dunia itu. Rakyat dunia turut terperanjat dan menyatakan rasa simpati mereka terhadap nasib warga Amerika yang terkorbat itu. Mereka mengutuk sekeras-kerasnya atas tindakan kerajaan Vietnam Utara yang telah melancarkan serangan ke atas USS MADDOX tampa sebarang sebab-musabab yang jelas.

Serangan tersebut berlaku ketika tentera Amerika sedang menjalankan misi De Sato di pesisiran pantai Teluk Tonkin. Perairan tersebut dianggap sebagai wilayah pengawasan Amerika Syarikat untuk menghadapi komunis. Yang pada ketika itu, Vietnam Utara dan Vietnam Selatan "sedang" berada "DI AMBANG" PEPERANGAN SAUDARA.

Dengan serta-merta sentimen antiperang rakyat Amerika mula pecah. Mereka tidak sanggup negara Amerika yang tercinta diragut begitu sahaja. Setelah dewan Senat dan Dewan Kongres bersidang, para elit telah sebulat suara meluluskan Resolusi Teluk Tonkin.

Pada 5 Ogos 1964, Amerika Syarikat telah melancarkan serangan besar-besaran terhadap pangkalan-pangkalan kapal perang Vietnam Utara.

Puluhan pesawat penggempur F-8 telah membedil pengkalan kapal yang berpusat di Ouang Khe dan seterusnya dilanjutkan ke perlabuhan Hon Gai dll.


****************************************************************************


[New York Amerika Syarikat Tahun 2005]

Perang Vietnam yang dipacu dari "insiden Teluk Tonkin" tersebut nyata telah menelan kos yang amat tinggi. lebih 60,000 tertera AS terkorban dan kos peperangan tersebut dikatakan mencecah 1 billion dollar.

Ekonomi AS telah mengalami penyusutan atas sebab peperangan tersebut dan kekalahan Amerika pada peperangan itu telah meninggalkan kesan yang begitu mendalam kepada rakyatnya.

KONSPIRASI TERANCANG TELUK TONKIN

Misi Menawan Pulau Dajal Di Seluruh Dunia

Setelah lebih 40 tahun berlalu, seorang ahli sejarah Amerika Syarikat, Robert J. Hanyok telah melakukan kajiannya mengenai insiden itu.

Dalam penyelidikannya, beliau cuba untuk mencari jawapan mengapakah kerajaan Vietnam Utara telah melancarkan serangan ke atas kapal USS MADDOX pada tahun 1964.

Namun, Robert J. Hanyok tidakpun menemui sebarang bukti kukuh yang menunjukkan bahawa kapal USS MADDOX diserang atau dibedil.

Beliau menyatakan bahawa "sebenarnya" TIDAK PERNAH berlaku dan ianya hanyalah sekadar sebuah rancangan yang sengaja direka-rekakan semata-mata.

Kajian tersebut telah diterbitkan oleh Agensi Keselamatan Negara Amerika Syarikat pada 2005 dan dipetik dari akhbar New York Times.

Dalam kesimpulannya, Robert menyatakan ia hanyalah "Konspirasi" Presiden Johnson. Konspirasi itu sengaja "direka-reka" oleh pihak "atasan" Amerika Syarikat untuk memecahkan sentimen antipeperangan rakyat Amerika dan menghalalkan serangan mereka ke atas Vietnam Utara. Ianya adalah sebuah konspirasi Amerika yang 'akhirnya' memakan diri mereka sendiri.



"Misi Menawan Pulau Dajal Di Seluruh Dunia"
Oleh Mohd Hafiz Mohamed Sakmi
info penulis : Wartawan Mastika.
tarikh penulisan (mid mac 14) : Sebelum peristiwa kehilangan pesawat MH370. 
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus