Spekulasi Ubah Jadual Penerbangan #MH370 - Ini RESPONS EKSLUSIF PIHAK MAS!
SEPANG: Malaysia Airlines (MAS) hari ini menafikan spekulasi yang mengatakan Kapten Zaharie Ahmad Shah telah ditukarkan di saat akhir sebagai juruterbang pesawat MH370 yang hilang 8 Mac lalu.
“Itu tak betul.. sebenarnya (ia seperti) di roster, seperti yang di jadual,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Ahmad Jauhari Yahya dalam satu sidang media pada Isnin.
MH370 MAS
Sebuah foto telah dimuatnaik di laman Facebook pada 8 Mac oleh Noor ‘Olya Dollah yang mendakwa bahawa terdapat perubahan jadual di saat-saat akhir untuk anak kapal Boeing 777-200 itu.Bagaimanapun MAS menafikan bahawa terdapat perubahan dalam jadual yang mengatakan Anas sepatutnya menerbangkan pesawat MH370 itu.Menurut MAS, Zaharie bersama pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid telah dimaklumkan tentang jadual mereka tujuh hari sebelum penerbangan dari KL ke Beijing itu. — Astro Awani
ADA SEBARANG KOMEN??