Suspek #MH370: Polis Turut Siasat Jurutera Pesawat dalam Penerbangan!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

Suspek #MH370: Polis Turut Siasat Jurutera Pesawat dalam Penerbangan!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com

Selamat Omar, 60, menunjukkan gambar anaknya Mohd Khairul Amri Selamat, 29, salah seorang penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Selamat Omar, 60, menunjukkan gambar anaknya Mohd Khairul Amri Selamat, 29, salah seorang penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. 
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat jurutera pesawat yang juga merupakan penumpang dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang selain memfokuskan kepada juruterbang dan sesiapa yang mempunyai kemahiran teknikal penerbangan, kata pegawai kanan polis.

Jurutera pesawat, Mohd Khairul Amri Selamat, 29, rakyat Malaysia yang dikatakan berkhidmat dengan syarikat jet peribadi seperti tersebar di laman sosial.

“Ya kami memantau Khairul, penumpang dan anak kapal lain. Fokus tertumpu kepada mereka yang mempunyai kepakaran penerbangan di dalam pesawat itu,” kata pegawai penyiasat itu kepada Reuters.

Siasatan dimulakan dengan memeriksa latar belakang juruterbang dan anak kapal yang berkhidmat dalam pesawat Boeing 777-200ER (9M-MRO) yang hilang itu bagi mendapatkan petunjuk.


Tiada petunjuk pesawat itu ditemui selepas lebih seminggu ia dilaporkan hilang yang dipercayai menghala ke kawasan lain oleh pihak mempunyai pengetahuan penerbangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pada Sabtu bukti mendapati pesawat dilencongkan ke barat daripada laluan asalnya Kuala Lumpur-Beijing.

Jurutera pesawat bertanggungjawab memastikan sistem pesawat berfungsi dan membaikinya jika perlu.

Sebagai jurutera yang pakar dalam jet eksklusif, Khairul tidak perlu menguasai semua pengetahuan penerbangan bagi menerbangkan pesawat komersial.

Khairul sebelum ini mendakwa dia bekerja di firma jet catar berpengkalan di Switzerland iaitu Execujet Aviation Group namun syarikat itu enggan mengesahkan kedudukan Khairul.

“Kami tidak boleh dedahkan semua. Kami mahu melindungi privasi keluarga,” menurut sumber syarikat itu.

Khairul, bapa kepada seorang anak baru-baru ini membeli sebuah rumah di pinggir Kuala Lumpur dan mempunyai 10 tahun pengalaman sebagai jurutera pesawat, kata bapanya, Selamat Omar.

Beliau enggan mengulas sama ada anaknya terlibat dalam perbuatan tersebut atau tidak.

Selamat berkata, dia dan keluarganya sepatutnya berkunjung ke rumah baru Khairul pada bulan ini namun anaknya berkata mempunyai tugas di Beijing.

“Khairul rajin bekerja dan seorang anak yang baik. Dia akan datang melawat kami sekurang-kurangnya sekali sebulan,” kata Selamat. - 17 Mac, 2014.
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus