BACA SENDIRI! Luahan hati Fiza Elite mengenai kontroversi rumahtangga dengan Adam AF goyah!!
Belum pun sampai setahun usia masjid yang dibina antara pasangan Fiza Elite dengan Adam AF, satu berita kurang enak kedengaran mengenai hubungan mereka.
Lumrah menjadi artis, sekecik-kecik perkara pasti dapat dihidu oleh peminat dan pemberita. Melalui ruangan hiburan di Utusan Malaysia, pengarang menimbulkan kontroversi mendakwa hubungan rumahtangga pasangan ini sedang dilanda badai.
Namun, perkara itu bukan baru sejak akhir tahun lalu lagi perkahwinan mereka dikhabarkan menghadapi tekanan.
Khabar lain turut bertiup kencang dimana sumber mengatakan Fiza ada ke mahkamah pertengahan minggu lalu untuk merujuk masalah rumah tangga ke pejabat agama.
Walaupun pemergian Fiza ke mahkamah tidak diketahui ramai tapi ada sumber yang mendedahkan Fiza dikhabarkan memfailkan penceraian pada hari Rabu lalu di Shah Alam, Selangor.
Tujuan samaada Fiza mahu menfailkan penceraian atau semata-mata untuk mencari penyelesaian di Mahkamah tersebut masih menjadi tanda tanya.
Namun, Fiza melalui laman Instagramnya turut meluahkan perasaan mengenai isu kontroversi yang melibatkan dirinya itu. Fiza tidak mahu dibebani dengan lebih banyak soalan dan apa yang Fiza mahukan hanyalah doa dan sokongan dari anda semua.
Baca luahan hati Fiza di bawah:
"Salam semua....maaf andai sy ada berbuat silap atau tkasar bahasa.sy benar2 berharap agar semua diluar sana memahami perasaan sy skrg ni...jgnlah ditanya bmcm2 jenis soalan.sy ni cuma wanita biasa yg kekadang lemah dan xmampu utk menanggung beban...tp sy tahu dan pasti semua ni ketentuan dr Allah.siapa yg mahu utk jd begini?kalau disoal pd sesiapa pun..xmungkin seseorg itu mahu mjalani kehidupan spt sy...hormati lah apa jua keputusan sy.sy hanya merancang...tp Allah lebih mengetahui segala2nya...sy cuma perlukan sokongan dr anda semua utk sy terus kuat dan maju ke depan.apa yg tjadi dan bakal berlaku biarlah jd rahsia antara sy dan Allah...xperlu utk sy bkongsi kesemua crita peribadi sy kpd umum.harap semua dpt memahami ya...doakan yg terbaik utk kami...Allah adalah tempat sy berbicara dan mengadu...bukan dgn sesiapa pun...kita sebagai makhluk Allah san hambanya cuma perlu menadah tangan dan bdoa meminta pertolongan dr Nya...Amin...."
ADA SEBARANG KOMEN??