Betulke Dakwaan Bekas Isteri Sham Kamikaze?? INI JAWAPAN BALAS BELIAU!!
Berikut adalah respon dari Sham Kamikaze terhadap dakwaan bekas isterinya Farazila Abdul Jabar.
Farazila Abdul Jabar menerusi akhbar tempatan mendakwa Sham Kamikaze telah menyalahgunakan status dirinya sebagai selebriti dengan berlakon menjadi seorang yang Islamik.
Selain itu, bekas isterinya juga mendakwa pernah ditinggalkan beberapa jam lamanya ditepi jalan berikutan salah faham sesama mereka. Ikuti respon/penjelasan Sham Kamikaze menerusi laman fan pagenya.
Assalamu'alaikum wbt.
Apa yang berlaku di antara saya dan bekas isteri saya sudah menjadi sejarah hidup saya. Dan jika pihak beliau masih tidak berpuas hati, maka itu adalah hak beliau untuk menuduh saya dengan pelbagai cerita bagi meraih simpati orang ramai untuk kepentingan peribadi. Adapun perceraian telah difailkan di mahkamah 2 tahun yang lalu dan saya tidak nampak apa jua alasan untuk menjaja kisah rumahtangga, apatah lagi jika kenyataan media tersebut bermotifkan dendam dan memalukan saya di khalayak ramai. Sebagaimana diketahui umum, saya tidak pernah walau sekalipun membuat apa-apa kenyataan berhubung beliau, apatah lagi mengaitkan beliau dalam apa jua keadaan sebagaimana didakwa.
Saya tidak perlu untuk menjawab kepada sesiapa pun tentang perkara ini kerana saya dan beliau tidak mempunyai apa-apa ikatan lagi.
Saya doakan agar beliau terus tabah mengharungi hidup beliau dengan segala cara untuk bahagia Insya Allah.
Barakallahu fikum.
sumber
https://www.facebook.com/shamkamikaze
ADA SEBARANG KOMEN??