Bilik Guru Disiplin Sekolah Menengah Di Klang Hampir Musnah Dibakar!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

Bilik Guru Disiplin Sekolah Menengah Di Klang Hampir Musnah Dibakar!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com

Bilik Guru Disiplin Sekolah Menengah Di Kapar, Hampir Musnah Dibakar
Klang – Bilik disiplin sebuah sekolah menengah di Kapar di sini, hampir musnah dalam kebakaran sejurus individu tidak dikenali melontarkan satu objek ke arah premis berkenaan dipercayai bermotifkan khianat, semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, bilik guru disiplin yang terletak di tingkat bawah dikatakan tiba-tiba terbakar sebelum disedari pengawal keselamatan bertugas pada malam kejadian.

Difahamkan, sebaik menyedari kehadiran api di bilik berkenaan, pengawal keselamatan bergegas masuk dan memadam api bagi mengelak merebak dan memusnahkan kawasan berhampiran.

Menurut sumber, ketika kejadian pengawal keselamatan berkenaan melihat tiga motosikal dinaiki enam individu menghampiri sekolah berkenaan sebelum terdengar bunyi sesuatu.

“Sebaik melihat motosikal dinaiki kumpulan itu menghampiri pagar sekolah, dia (pengawal keselamatan) ternampak ada antara pemboncengnya membaling objek ke arah bilik disiplin yang terletak tidak jauh dari pagar berkenaan.


“Lontaran objek itu menyebabkan tingkap bilik disiplin itu yang pecah sebelum berlaku kebakaran kecil membabitkan buku dan meja di bilik itu. Pengawal berkenaan sudah membuat laporan polis,” katanya ketika ditemui di sini, semalam, lapor myMetro.
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus