Brunei Tangguh Hukuman Hudud Atas Desakan PBB??? Betulkah Dakwaan Ini??!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

Brunei Tangguh Hukuman Hudud Atas Desakan PBB??? Betulkah Dakwaan Ini??!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com

Bandar Seri Begawan: Brunei menangguhkan pelaksanaan undang-undang Islam yang sepatutnya bermula semalam ketika negara itu menerima kecaman Majlis Hak Asasi Manusia PBB.

Pembantu Pengarah Unit Undang-undang Islam Brunei, Jauyah Zaini berkata, tiada tarikh baru ditetapkan untuk memulakan pelaksanaan undang-undang syariah itu yang menyediakan peruntukan hukuman sebat, memotong tangan atau kaki serta rejaman hingga mati.


Namun, Jauyah berkata, undang-undang itu akan tetap dilaksanakan “dalam masa terdekat.” Katanya, pelaksanaan undang-undang itu terpaksa ditangguh atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Pengumuman itu dibuat ketika Sultan Hassanal Bolkiah mengadakan lawatan rasmi ke Singapura dan kerajaan dipercayai menunggu pemerintah berkuasa itu kembali sebelum memperkenalkan undang-undang sensitif berkenaan.

Namun, penangguhan pelaksanaan hukuman itu mampu mengubah pendirian sultan berusia 67 tahun itu.

Pihak berkuasa baru-baru ini menjalankan beberapa taklimat untuk agensi rasmi dan organisasi bukan kerajaan bagi menerangkan mengenai hukuman berkenaan.

Peguam dan aktivis hak asasi, Nizam Bashir berkata, pengenalan undang-undang itu bagaikan satu tembok bagi mengatasi globalisasi.

“Jika anda cuba melompat tembok itu, akan timbulnya beberapa isu.

“Setiap kali anda menerima jawapan, soalan lain akan bermula dan memberikan mereka idea yang tidak selari dengan konsep yang difahami,” katanya.

Sementara itu, Majlis Hak Asasi Manusia PBB menyatakan “sangat bimbang” dan mendakwa, hukuman seperti merejam dengan batu diklasifikasi undang-undang antarabangsa sebagai hukuman “penderaan kejam dan tidak berperikemanusiaan.” 

Hampir 70 peratus daripada 400,000 rakyat Brunei adalah Melayu Muslim, manakala kira-kira 15 peratus lagi etnik Cina bukan Islam.
Via - AFP
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus