HUDUD: INI JAWAPAN EKSLUSIF Sultan Brunei Mengenai Kritikan PBB!!
Gambar pinjam dari www.prihatin.net.my
BRUNEI DARUSSALAM 14 April - Ketua negara Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah menangkis kritikan antarabangsa berhubung pelaksanaan hukum hudud di negaranya dan menafikan bahawa tindakan itu satu langkah ke belakang.
Laman web, Mail Online melaporkan Mac lalu, Sultan Hassanal bertitah, semua bangsa perlu bersatu di bawah undang-undang syariah dan baginda menyifatkan kod panel baharu itu merupakan kejayaan besar Brunei.
Hukum hudud yang memperuntukkan hukuman sebat dan rejam sehingga mati bagi kesalahan tertentu, mula dilaksanakan bulan ini.
Sultan Hassanal turut bertitah, pihak luar perlu menghormati sebarang keputusan Brunei sama seperti negara ini menghormati keputusan pihak lain.
Kelmarin, jurucakap Suruhanjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Rupert Colville mengkritik pelaksanaan hukum hudud oleh Brunei yang dianggap menyalahi undang-undang antarabangsa.
Jelas Colville, pihaknya memandang serius pelaksanaan undang-undang Islam tersebut yang turut memperuntukkan hukuman mati bagi kesalahan seperti merogol, berzina dan meliwat.
Colville berkata, negara Islam itu sepatutnya tidak melaksanakan langkah tersebut kerana undang-undang antarabangsa menyatakan hukuman rejam sehingga mati misalnya dikategorikan sebagai kejam dan penyeksaan serta tidak berperikemanusiaan, sekali gus diharamkan di bawah perjanjian-perjanjian hak asasi manusia.
Brunei tidak melaksanakan hukuman mati sejak 1957 dan turut mengharamkan penjualan serta pengambilan minuman keras dalam kalangan penduduk Islam negara ini. -utusan
ADA SEBARANG KOMEN??