MH370: Sedih! Akhirnya Tiada Lagi Isyarat Dikesan! - JACC

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

MH370: Sedih! Akhirnya Tiada Lagi Isyarat Dikesan! - JACC

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com


MH370: Kenderaan dasar laut tidak akan digunakan selagi satu lagi isyarat tidak dikesan


KUALA LUMPUR: Pasukan mencari dan menyelamat di Perth, tidak akan mengarahkan penggunaan sebarang kenderaan atau peralatan dasar laut, selagi satu lagi isyarat pinger tidak berjaya dikesan.

Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston berkata ini kerana pengesanan satu lagi isyarat pinger akan memberi pasukan pencarian satu petunjuk yang lebih jelas tentang apa yang berkemungkinan ada di dasar laut.

"Sekiranya kami boleh mendapatkan lebih banyak isyarat, kami boleh mendapat petunjuk yang lebih jelas tentang dasar laut yang akan membolehkan pencarian visual yang lebih khusus untuk mencari bangkai pesawat itu.
Angus Houston (kiri)

"Sekiranya kami turun ke dasar laut sekarang, ia akan memakan masa yang lama kerana pencarian akan lebih perlahan. Ia adalah satu tugas yang sangat sukar untuk mencari di dasar laut. Dengan paras laut yang sangat dalam, ini satu tugas yang sangat mencabar," katanya semasa satu sidang media di Perth.

Houston turut berkata pasukan pencarian tidak mengesan apa-apa isyarat baru sejak semalam dan pencarian akan diteruskan untuk beberapa hari sehingga ia betul-betul dipastikan bahawa bateri kotak hitam telah tamat hayatnya.

Semalam, kapal Tentera Laut Australia, Ocean Shield telah mengesan dua isyarat yang dikatakan sangat konsisten dengan isyarat yang dikeluarkan oleh kotak hitam pesawat.

Houston sebelum ini memaklumkan isyarat ‘ping’ pertama bertahan selama dua jam 20 minit sementara yang kedua hanya bertahan selama 13 minit sahaja.

Beliau turut berkata isyarat yang dikesan juga sangat konsisten dengan transmisi daripada perakam penerbangan dan perakam suara kokpit.
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus