NGERI! GAMBAR PENGKID NYARIS PUTUS JARI KERANA BEREBUT GADIS DI SEGAMAT
Seorang pengkid hampir kehilangan jari kelengkeng tangan kiri akibat diserang rakan pengkid yang cemburu buta di Dataran Segamat kelmarin.
“Mujur saya sempat tepis, jika tidak mungkin pisau itu singgah di kepala,” kata Urni
Urni, 24, mendakwa bertemu seorang lagi pengkid, Ila 20-an di Jalan Aji berhampiran Dataran Segamat pada jam 9 malam untuk menyerahkan telefon bimbit yang telah diperbaiki. Selepas itu, Ila dan dia duduk di atas pentas utama dataran itu sebelum didatangi oleh seorang lagi kenalan pengkid yang dikenali sebagai Nor, 38.
“Ketika berada di atas pentas itu, Nor memanggil dan meminta saya bertemunya di padang berhampiran kononnya mahu berbincang sesuatu dan saya tanpa syak wasangka menghampirinya.
Nor bertanyakan apa tujuan mereka bertemu dan dia menjelaskan hanya menyerahkan semula telefon bimbit yang sudah dibaiki. Kemudian Nor menasihatkannya agar tidak terlalu rapat dengan Ila memandangkan dia baru menyertai 'kumpulan' mereka.
Di petik dari Harian Metro:
“Nor tidak mahu saya terlalu rapat dengan Ila kerana menyifatkan perbuatan itu ibarat terpaksa berkongsi orang yang disayangi atau bermadu,” katanya.
ADA SEBARANG KOMEN??