UPDATE MH370: MUNGKINKAH INI? KAPAL TENTERA LAUT AUSTRALIA KESAN 2 ISYARAT PING KOTAK HITAM

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

UPDATE MH370: MUNGKINKAH INI? KAPAL TENTERA LAUT AUSTRALIA KESAN 2 ISYARAT PING KOTAK HITAM

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com


KUALA LUMPUR: Kapal Tentera Laut Australia, Ocean Shield telah mengesan dua isyarat yang dikatakan sangat konsisten dengan isyarat yang dikeluarkan oleh kotak hitam pesawat.

Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston berkata isyarat ‘Ping’ pertama bertahan selama dua jam 20 minit sementara yang kedua hanya bertahan selama 30 minit sahaja.

Houston berkata lagi dua isyarat berasingan dikesan sekitar kawasan utara di lokasi pencarian dimana penerbangan pesawat tersebut dipercayai telah berakhir.

“Isyarat yang dikesan juga sangat konsisten dengan transmisi daripada kedua-dua data perakam penerbangan dan perakam suara kokpit. Malah informasi yang memberangsangkan selama 24 jam yang lalu ini sangat penting,” katanya dalam satu sidang media di Perth hari ini.

Beliau menambah bahawa bukti-bukti yang mereka perolehi sehingga kini adalah sangat positif dan diharapkan mampu menghasilkan penemuan yang dapat merungkaikan kehilangan pesawat MH370 ini.

Isyarat yang dikesan itu dianggarkan berada di kedalaman 4,500 meter dan ianya terpaksa mengambil beberapa hari sebelum pegawai-pegawai dan pakar yang bertugas dapat mengesahkan bahawa isyarat tersebut sememangnya benar-benar datang dari sebuah pesawat.

Kapal Ocean Shield

Houston menggesa pihak media supaya mengendalikan informasi terkini ini dengan “bertanggungjawab dan berhati-hati”.

“Kami masih belum menemui sebarang pesawat dan oleh hal demikian, kami memerlukan lebih banyak informasi mengenai penemuan ini,” tegas beliau.

Pada Jumaat lalu, kapal peronda China mengesan satu isyarat getaran berfrekuensi 37.5 khz yang dikatakan sangat konsisten dengan frekuensi kotak hitam pesawat dan dipercayai berkemungkinan datangnya dari Pesawat MH370 Penerbangan Malaysia yang hilang pada 8 Mac lalu. 

Sementara itu, JACC menyatakan bahawa sehingga hari ini, misi pencarian telah melibatkan penggunaan tiga pesawat awam dan 14 kapal dan melibatkan kawasan pencarian seluas 234,000 kilometer per segi.

Cuaca baik dijangka pada hari ini meskipun terdapat hujan renyai pada tengah hari dan ianya tidak akan menjejaskan misi pencarian pesawat.

Kapal Ocean Shield akan meneruskan pencarian di lokasi yang telah ditetapkan kepada mereka sementara kapal HMS Echo pula dalam perjalanan untuk membantu kapal China, Haixun 01, yang telah mengesan getaran isyarat dipercayai dari kotak hitam pesawat di Lautan Hindi.

Biro Keselamatan Pengangkutan Australia akan meneruskan penerokaan terhadap lokasi dimana penerbangan pesawat itu berakhir berdasarkan analisis teknikal dari komunikasi satelit dan pesawat peninjau selaras dengan kerjasama daripada pasukan penyiasat nahas pesawat yang terdari daripada penganalisis dari Malaysia, Amerika Syarikat, United Kingdom, China dan Australia. - ASTRO AWANI
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus