KOMANDO MENGAMUK DI LAHAD DATU, 1 TENTERA MAUT 3 PARAH
Lahad Datu: Seorang anggota tentera maut manakala tiga parah selepas seorang anggota komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melepaskan beberapa das tembakan di bandar ini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 4.45 pagi itu, tiga yang parah adalah seorang anggota komando ATM dan dua orang awam.
Dua orang awam yang cedera di kaki dan bahu adalah pekerja pusat hiburan.
Semua mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut.
Difahamkan, ketika kejadian tiga anggota tentera ini dipercayai bertengkar lalu cuba dileraikan oleh dua individu berkenaan.
Bagaimanapun, seorang daripada anggota tentera berkenaan tiba-tiba melepaskan beberapa das tembakan dipercayai menggunakan senjata jenis M-16.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Omar Mammah ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan semua mangsa masih menerima rawatan di hospital. -HMETRO
ADA SEBARANG KOMEN??
- 14/04/2014 - Comments DisabledInfo dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Lagi Mayat Berbungkus Di Tepi jalan Di…
- 12/06/2014 - Comments DisabledInfo dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Mengapa Yahudi Bijak?Setelah berada 3 tahun…
- 24/06/2014 - Comments DisabledInfo dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Pernah lihat Filem Seram Ju-On dulukan.…
- 07/06/2014 - Comments DisabledInfo dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Di dalam tangki minyak kereta telah…
- 25/06/2014 - Comments DisabledInfo dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com NILAI – Kisah remaja OKU, Muhammad…
- 24/03/2014 - Comments DisabledInfo dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com [KISAH SEDIH] CINTA UNTUK…
- 03/06/2014 - Comments DisabledInfo dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com KUALA LUMPUR: Pengasas bersama perisian…