Bongkar! PUNCA SEBENAR PENUTUPAN DOWNTOWN CHERAS

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

Bongkar! PUNCA SEBENAR PENUTUPAN DOWNTOWN CHERAS

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com


Hujung minggu lalu kami ada berkongsi satu artikel berkenaan KL Downtown atau lebih dikenali sebagai Downtown Cheras yang telah menerima notis untuk ditutup. Artikel dan juga gambar notis tersebut selepas itu menjadi viral serta menjadi buah mulut orang ramai yang mempertikaikan akan nasib peniaga Melayu yang terpaksa mengemis di tanah air sendiri demi mencari rezeki yang halal.

Berikutan hal tersebut telah menjadi buah mulut ramai, OhMedia dihubungi sebuah pihak yang memang selama ini membantu menjaga kebajikan para peniaga di kawasan tersebut dan menceritakan apa sebenarnya yang berlaku. Isi-isi penceritaan beliau adalah seperti yang berikut.
1. Tanah tempat mereka berniaga (tapak Downtown Cheras) sebenarnya telah dijual sejak tahun 2012 lagi kepada pihak Jakel.

2. Atas ehsan tuan tanah, mereka bersimpati dengan nasib para peniaga dan terus membenarkan aktiviti perniagaan KL Downtown berjalan seperti biasa hingga hujung Julai 2014.

3. Pihak Tuan Tanah perlu membayar pelbagai kadar faedah hasil pembelian tanah tersebut tetapi tidak meminta walau satu sen pun dari para pihak pengurusan KL Downtown atau dari para peniaga yang ada di situ.

4. Jika pemilik tanah adalah bangsa asing, sudah tentu para peniaga sudah ditendang seperti bola apabila urusan jual beli tanah telah selesai.

5. Pengirim memaklumkan sebenarnya penutupan KL Downtown adalah kesilapan pihak pengurusan sendiri. Mereka sudah tahu lama hal ini tetapi tidak menghebahkannya kepada para peniaga. Sepatutnya mereka patut mengambil inisiatif untuk mendapatkan tapak baru. Masa lebih 3 tahun untuk mendapatkan tapak baru disia-siakan begitu sahaja dan pengirim turut memaklumkan pihak pengurusan menyorokkan segala surat dan maklumat kerana bimbang peniaga tidak membayar sewa tapak bulanan kepada mereka.

6. Atas inisiatif pihak persatuan sendiri, mereka telah berjaya mendapatkan lokasi baru bagi KL Downtown dan akan diuruskan oleh pihak persatuan sendiri bersama dengan DBKL. Kononnya peniagaan KL Downtown akan berjalan seperti biasa hingga hujung tahun ini, kemungkinan hanya retorik semata-mata dari pihak pengurusan untuk mengaburi mata orang ramai.

7. Borang untuk mendapatkan tapak perniagan di tempat baru telah diedarkan kepada para peniaga.

Borang pemindahan tapak yang telah diserahkan kepada para peniaga.

Apa yang OhMedia terima ini sedikit-sebanyak menjawab pertanyaan kepada kita semua yang tentunya prihatin kepada nasib para peniaga bangsa Melayu yang telah lama mencari rezeki di tempat tersebut. Jelas di sini pihak yang telah membeli tapak KL Downtown tersebut iaitu Tetuan Jakel Trading bukanlah sekejam seperti apa yang dikatakan. Walhal mereka yang telah mempunyai hak untuk mengambil tanah tersebut pada tahun 2012 masih ‘memberikan muka’ kepada para peniaga dan pengurusan KL Downtown untuk menyelesaikan semua urusan dalam masa beberapa tahun tapi nampaknya, penyelesaiannya tetap ‘last minute’.

Apapun kita terus doakan agar urusan pemindahan para peniaga ini ke tapak baru berjalan dengan lancar dan mereka dapat meneruskan perniagaan seperti biasa dengan aman dan tenang. sumber: OhMedia!
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus