Isu Cemburu Nora Danish Berpegangan Tangan dengan Farid: David Teo Beri Penjelasan Kepada Diana Danielle!!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

Isu Cemburu Nora Danish Berpegangan Tangan dengan Farid: David Teo Beri Penjelasan Kepada Diana Danielle!!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com


Dari laman Murai.com , David Teo telah menjelaskan keadaan sebenar kepada Diana Danielle. Ini ekoran cemburu yang menular di hati Diana Danielle apabila Nora Danish memuatnaik gambar berpegang tangan dengan Farid Kamil untuk mempromosi filem Pengantin Malam.

Ini penjelasan David Teo:

“Saya rasa ianya hanya salah faham sahaja kerana jika benar Diana cemburu atau bengang mengapa sebelum ini dia boleh menerima lakonan Nora dan Farid yang berpelukan dan sebagainya.

“Saya juga tak rasa apa yang diluahkan Diana itu ditujukan kepada MIG sepenuhnya,  tapi untuk tidak perkara ini berpanjangan saya sendiri sudah pun menghubungi Farid.

“Perkara pertama saya beritahu kepada Farid adalah jangan cepat melenting kepada tindakan isterinya itu. Mungkin isteri dia bersikap begitu kerana terlalu sayangkan suaminya, yelah isteri mana yang tak risau jika punya suami yang kacak dan popular begitu.

“Saya juga minta Farid perjelaskan kepada Diana bahawa gambar itu diambil hanya ketika mereka dikerumuni dengan jurufoto dan media yang meminta mereka melakukan aksi sedikit mesra mengikut watak dalam filem yang tidak lebih daripada itu.

“Malah, mereka berdua terus berpecah selepas itu dan tidak lagi bertemu kerana masing-masing sibuk dengan sesi temuramah bersama media,”
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus