Isu Serbu Majlis Kahwin: Dr. M Gesa JAIS Kembali Kepada Al-Quran!!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

Isu Serbu Majlis Kahwin: Dr. M Gesa JAIS Kembali Kepada Al-Quran!!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk kembali kepada Al-Quran untuk mencari penyelesaian dalam kes serbuan mereka dalam satu majlis perkahwinan di sebuah kuil Hindu di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Dr Mahathir berkata, penyelesaian perkara itu terkandung di dalam Al-Quran dan tidakan seperti itu dilakukan berdasarkan interpretasi seseorang.

“Perkara ini timbul kerana tidak ikut ajaran Islam. Mereka ikut ajaran seseorang. Saya cadangkan mereka kembali kepada Al-Quran. Ini mereka ikut interpretasi mereka sendiri,” katanya kepada pemberita ketika program Syarahan Perdana Presiden di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di Selangor, hari ini.

“Al-Quran nyatakan dengan jelas, kamu dengan agamamu, kami dengan agama kami,” katanya.

Beliau berkata, Al-Quran juga menetapkan tindakan yang boleh dikenakan terhadap mereka yang cuba keluar dan meninggalkan agama Islam.

“Ikut Al-Quran apa berlaku kepada mereka yang menukar agama mereka ada tindakannya, tetapi saya tidak mahu cakap.

“Islam zaman ini sudah dipolitikkan dan mereka hendak nampak sangat Islam, sebab itu mereka buat macam itu,” katanya, lapor The Malaysian Insider.
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus