(5 Gambar) Bayi dalam kandungan tercampak keluar ketika ibu digilis lori !

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

(5 Gambar) Bayi dalam kandungan tercampak keluar ketika ibu digilis lori !

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com



Xiamen: Seorang saksi satu kemalangan ngeri membabitkan pasangan suami isteri melihat bayi yang berada dalam kandungan ibunya itu tercampak keluar selepas motosikal pasangan itu dilanggar lori.

Wang Zhau, 40, yang sarat mengandung dalam perjalanan ke hospital bersama suaminya Mao, 42, apabila motosikal mereka dirempuh lori.

Saksi berkata lori itu kemudian menggilis wanita berkenaan menyebabkan bayi yang berada dalam kandungannya terkeluar dan tercampak sejauh tiga meter.

XIAO hanya mengalami cedera ringan selepas tercampak keluar dari kandungan dalam kemalangan yang meragut nyawa ibu bapanya.

Pasangan berkenaan mati di tempat kejadian namun bayi mereka selamat dan dibawa ke hospital di wilayah Fujian China.

Bayi yang diberi nama Xiao Zhao oleh kakitangan hopital itu hanya calar-balar.

Jurucakap polis, Chan Chien berkata: “Ada saksi yang berkata wanita itu sempat melahirkan anaknya sebelum mati selepas dilanggar lori berkenaan manakala yang lain berkata, impak daripada perlanggaran itu menyebabkan bayi seberat 4.2 kilogram itu terkeluar dari rahim ibunya dan tercampak sejauh tiga meter.


Wanita itu sepatutnya dimasukkan ke bilik bersalin pada jam 8.30 pagi waktu tempatan dan suaminya membuat keputusan untuk tidak menunggu ambulans.

Dia menghantar isterinya ke hospital menaiki motosikal.

Kemalangan berlaku ketika mereka tiba di simpang antara Maqing Lu dan Jiaosong Lu” kata Chan.

Polis mengesahkan mereka menahan pemandu lori berusia 45 tahun itu untuk membantu siasatan.

Kejadian yang menggemparkan yang menimpa bayi malang itu menjadi tajuk utama akhbar di China dan Badan Kebajikan Xiamen menyumbangkan 5,000 yuan (RM 2,658) untuk penjagaan bayi terbabit.

Orang ramai yang mengetahui berita itu turut melawatnya di hospital dengan membawa pelbagai hadiah untuk bayi berkenaan. - Agensi

  • Akibat Berang Disaman, Lihat Apa Pemandu Cina Ini Lakukan Terhadap Polis Trafik!
    02/07/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Saman, kompaun trafik atau lebih dikenali…
  • #MH370: BONGKAR! Adakah Dakwaan Wanita Balik Umrah Sebelum Ini Benar? BACA PENEMUAN BARU INI!
    29/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Adakah dakwaan seorang wanita rakyat…
  • SAYU, PELAJAR UNIVERSITI KAKU SELEPAS SEMPAT MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH
    23/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Alor Gajah: “Darah mengalir keluar…
  • MH370: MANGSA KUASA BESAR. NAJIB KAMI TAHU KAMU TERHIMPIT!!
    06/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Kenyataan Umum 4 April…
  • BONGKAR! Ranjer Cerita Detik Misteri di Hutan Tropika Sabah...
    11/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Kho Ju Ming, 45, terus berbual dengan rancak…
  • SENTAP! Kenapa Melayu Berlumba Nak Ikut Arab? Kenapa Tak Nak Jadi Macam Non Muslim?
    27/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Kau tau ada kewujudan yang bertajuk…
  • MH370: Pakar Forensik Dedah Hasil Siasatan ke atas Simulator Kapten Zaharie!!
    22/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Kapten Zaharie bersama simulator…
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus