China Kritik Malaysia Kerana Beri Maklumat ‘Bercanggah’ Tentang MH370!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

China Kritik Malaysia Kerana Beri Maklumat ‘Bercanggah’ Tentang MH370!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com


China mengkritik Malaysia lagi berhubung maklumat bercanggah yang diberikan berhubung kehilangan pesawat MH370, dengan media tempatan dan pengguna sosial media semakin skeptikal ketika misi mencari dan menyelamat masuk hari ke-10.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Sabtu mengumumkan bahawa kehilangan pesawat Malaysia Airlines mungkin ‘sengaja’ dan pesawat itu terbang beberapa jam lagi selepas meninggalkan laluan asalnya untuk ke Beijing.

Dalam editorialnya, akhbar China Daily mempersoalkan mengapa pengumuman dari Kuala Lumpr itu hanya datang selepas lebih seminggu pesawat itu lesap dan tertanya-tanya sama ada Malaysia berkongsi semua maklumat yang dikumpul, atau tidak.

“Percanggahan dan maklumat sedikit demi sedikit yang diberikan oleh kerajaan dan Malaysia Airlines menyukarkan usaha mencari dan keseluruhan insiden itu jadi lebih misteri,” tulis akhbar itu.

“Apa lagi yang Malaysia tahu tetapi belum dikongsi dengan dunia,” katanya.

Dua pertiga daripada penumpang pesawat itu adalah warganegara Malaysia, dan Beijing bersikap kritikal terhadap perkongsian maklumat daripada Malaysia – kekhuatiran yang semakin meningkat kerana bimbang pesawat itu mungkin dirampas.

“Adalah amat penting sebarang kekeliruan yang mungkin dieksploitasi oleh perampas atau pengganas dikenal pasti secepat mungkin kerana kita perlu mencari perancangan tindak balas,” lapor China Daily.

Ketua fakulti Pengajian Cina Kontemporari di Universiti Nottingham, Yao Shujie yang menulis di akhbar Global Times di China berkata, Malaysia “hilang autoriti dan kredibiliti” kerana maklum balasnya yang kelam-kabut.

“Kekurangan kekuatan dan pengalaman mengendalikan insiden itu menyebabkan kerajaan Malaysia tidak berdaya dan kepenatan dengan menafikan pelbagai khabar angin.

“Jika misi mencari itu terus tidak membawa hasil walaupun selepas mengikut maklumat baru, lebih baik Malaysia serahkan kuasa perintahnya kepada operasi menyelamat antarabangsa,” tulis Yao.

Kehilangan pesawat itu kekal menjadi topik paling hangat didebatkan di jaringan sosial, dengan kebanyakan pengguna Sina Weibo, iaitu laman sosial China mirip Twitter, melaungkan kebimbangan selepas maklumat berkenaan diberikan oleh kerajaan Malaysia.

“Mengapa baru sekarang mereka sahkan ia mungkin dirampas?”

“Malaysia, apa lagi yang anda sembunyikan,” tulis seorang pengguna Sina Weibo pagi ini ketika mengulas perkembangan terbaru yang didedahkan Malaysia.

Posting lain ialah:”Saya semakin kecewa dengan Malaysia dan kerajaan mereka yang tidak boleh dipercayai. Saya tidak merancang pergi ke sana pada masa depan.”

Minggu lalu, salah satu mesej yang tersebar luas ialah posting yang tertulis:”Vietnam terus menemui sesuatu. Malaysia Airlines asyik menafikan. China masih terus menghantar pasukan penyelamat.”

Hari ini, mesej terbaru yang tersebar luas di internet ialah:”Malaysia menyampaikan maklumat tidak benar sepanjang minggu. Vietnam dapat penemuan tidak berguna. China memberikan berita bernilai minggu ini.” – AFP, 17 Mac, 2014.

Kredit:ohdunia.my


  • Inilah Kubur Pemimpin Kejam Israel, Ariel Sharon!! (8 GAMBAR)
    18/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Rata-rata rakyat dunia terutama…
  • BONGKAR! PENJELASAN Bekas Pengarah DCA! Kenapa Tragedi MH370 JAUH LEBIH RUMIT dari Tanjung Kupang?
    27/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Jabatan…
  • Brunei Tangguh Hukuman Hudud Atas Desakan PBB??? Betulkah Dakwaan Ini??!
    23/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Bandar Seri Begawan: Brunei menangguhkan…
  • TERJAWAB! Di Mana Bapa Remaja OKU Sekarang? Baca Penjelasan Ini!
    23/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com SEREMBAN: Menteri Pembangunan Wanita,…
  • Punca Sebenar Datuk Saifuddin Abdullah Letak Jawatan, Ada Kaitan dengan Politik BN?
    30/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Datuk Saifuddin Abdullah SHAH ALAM -…
  • Kontroversi Selesai, Wardina Buat Permohonan Maaf Kepada Ustaz Don!!
    23/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Kontroversi di antara Wardina dan Ustaz…
  • Felixia Dedah Tarikh Peluk Islam dan Punca Beliau Memilih Tarikh Berkenaan!
    27/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Tarikh Felixia Yeap Bakal Peluk…
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus