GEMPAR! Mayat tanpa kepala ditemui di Rompin!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

GEMPAR! Mayat tanpa kepala ditemui di Rompin!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com

KUANTAN - Mayat tanpa kepala yang ditemui di Pantai Batu 6 Janglau dekat Rompin semalam dipercayai remaja yang dilaporkan hilang semasa memancing bersama bapanya pada 16 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Rompin Superintenden Johari Yahaya berkata mangsa, Muhd Ikhmal Danial Mohamad, 17, beralamat di Taman Inderapura di sini, dan tidak lagi bersekolah.

Katanya mengikut laporan polis yang dibuat bapanya, Mohamad Isa, 40-an, pada hari kejadian, dia dan mangsa keluar memukat ikan dengan sebuah bot bersama tiga lagi rakannya di perairan Chukai, Kemaman.

Johari berkata ketika sedang memukat ikan di kawasan perairan itu, mangsa yang berada di dalam bot tiba-tiba terjatuh ke dalam laut.

"Mohamad bersama tiga rakannya itu cuba mencari dan menyelamatkan mangsa namun gagal lalu bergegas membuat laporan polis," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pengecaman setakat ini berdasarkan pada baju yang dipakai mangsa dan tulisan namanya pada belakang baju dengan pen marker.

"Polis juga sudah memaklumkan kepada keluarganya dan mayat akan dituntut pada hari ini bagi urusan pengebumian," katanya.

Mayat tanpa kepala itu ditemui terdampar di tepi pantai terbabit oleh dua nelayan yang sedang mengutip botol kira-kira 8 pagi semalam. - Bernama
  • Misteri MH370:
    04/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com       Sekali lagi Tun…
  • NGERI! MAYAT KANAK-KANAK DENGAN KEADAAN MULUT BERBUIH DI TEPI JALAN DI KAJANG
    06/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com KAJANG – Mayat seorang kanak-kanak lelaki…
  • (MESTI BACA!) Disebalik Coretan Terima Kasih Kerana Rosakkan Saya....
    22/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com ‘Terima Kasih’ kerana rosakkan…
  • LUAHAN HATI ROZITA IBRAHIM : INILAH PUNCA SEBENAR BELIAU TIDAK LAGI BERPURDAH....
    25/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Ramai mengetahui Rozita Ibrahim,…
  • CUBAAN REMAJA 13 TAHUN
    16/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Seorang wanita berusia 28 tahun mendakwa…
  • Elia Raini Pembaca Berita Astro Arena Mengeluh, Mengeleng Kepala Jadi Viral!
    29/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Peminat sukan terkejut dengan gelagat…
  • MH370: POLIS AUSTRALIA KESAN OBJEK TERDAMPAR, MASIH DALAM SIASATAN. LAGI BERITA SANDIWARA AUSTRALIA?
    23/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com AUGUSTA – AUSTRALIA – Pihak polis di…
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus