India Nafikan Laporan Serangan Ala 9/11 Dengan MH370 Ditujukan Ke Negara Itu!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

India Nafikan Laporan Serangan Ala 9/11 Dengan MH370 Ditujukan Ke Negara Itu!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com

India menolak laporan kononnya pesawat MH370 Malaysia yang hilang dihalakan ke negara itu untuk serangan ala 9/11.

Salman Khurshid, Menteri Luar India
Menteri Luar Salman Khurshid berkata India tidak ada menerima sebarang petunjuk tentang serangan seumpama itu.

"Saya tak fikir kita pergi sejauh itu. Namun agensi keselamatan akan mengkaji segala kemungkinan," katanya kepada saluran televisyen CNN-IBN.

Bagaimanapun, beliau menegaskan agensi-agensi keselamatan akan mengkaji segala sudut, dan memberi jaminan India akan berusaha sedaya upaya membantu operasi menyelamat.

"Kami akan beri mereka apa yang perlu... sokongan dari segi sumber tenaga, kapal dan kelengkapan.

"India membekalkan bilangan terbesar kapal-kapal. Kami akan terus berbuat demikian sedaya upaya kami, tetapi operasi akan diketuai oleh mereka," kata beliau tentang operasi mencari dan menyelamat.

India merupakan satu daripada beberapa negara yang diminta oleh Malaysia untuk membantu dalam operasi mencari pesawat MH370 yang hilang itu. – Bernama
  • GAMBAR Raja Bomoh Beraksi di Tempat Kemalangan Mendiang Karpal Singh!!
    20/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Baca boleh, percaya jangan sekali. Itulah…
  • Punca Sidek Hussain Meninggal Dunia Secara Mengejut...(Al-Fatihah)
    28/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Pelakon veteran Sidek Hussain, 63,…
  • Pekerja Restoran Warga Asing MELAMPAU! Baca Apa Mereka Lakukan Terhadap Budak Perempuan Ini...
    28/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com SEREMBAN – Seorang wanita terkejut…
  • MH370: Datuk Dr Haron Din Tidak Menolak Sekiranya Pesawat Termasuk ke Alam Ghaib!
    18/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com KUALA LUMPUR – Timbalan Mursyidul Am…
  • UPDATE GAMBAR MEMPERSENDA MH370 - INI PENJELASAN EKSLUSIF CHEF WAN!
    21/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Hanya beberapa jam lepas, Chef Wan…
  • Kisah Benar Lelaki Tua Berkain Pelikat Ini Akan Buatkan Anda Fikir Semula Tentang Kehidupan
    30/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Cerita ini asalnya dikongsikan oleh seorang…
  • TERKINI: Punca sebenar pesawat MAS MH004 mendarat cemas di KLIA!!
    04/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Pesawat Malaysia Airlines, MH004 terpaksa…
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus