MH370: Apa Yang Telah Kita Belajar Daripada Kehilangan Pesawat Ini?
KUALA LUMPUR - 24/3/2014: Lebih dua minggu telah berlalu sejak kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Semua
telahpun membaca laporan media, menyaksikan bagaimana pemimpin-pemimpin
negara menangani krisis antarabangsa ini, dan pada satu tahap, belajar
tentang industri penerbangan.
Walaupun
operasi mencari masih berterusan untuk pesawat itu, ia sedikit sebanyak
telah mendedahkan beberapa fakta menarik tentang situasi ini:
"Pesawat boleh hilang"
Agak
sukar untuk difikirkan tetapi bagaimana sebuah pesawat Boeing 777-200
yang mempunyai dimensi 63.7 meter panjang dan sayap 60.9 meter panjang
boleh secara tiba-tiba hilang?
Dengan
kawasan carian yang dilaporkan lebih daripada kira-kira 7.68 juta km
persegi (kira-kira saiz Australia) dan 26 negara yang terlibat dalam
operasi mencari dan menyelamat (SAR), ditambah pula dengan pengumuman
maklumat ketenteraan yang lambat, ia telah mewujudkan ketegangan
diplomatik.
Waktu terus berdetik, dan kemungkinan untuk menemui pesawat dan penumpang serta anak kapal semakin berkurangan.
Pemangku
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata ini akan
mengambil masa yang lama dan Malaysia akan menyelesaikan krisis ini.
16
hari telah berlalu, pasukan SAR mempunyai hanya 14 hari lagi untuk
mencari kotak hitam sebelum ia berhenti menghantar isyarat.
Pada
20 Mac, Perdana Menteri Australia Tony Abbott mengumumkan maklumat
'baru dan berwibawa' di mana imej satelit merakam gambar sebuah objek 24
meter yang berkemungkinan milik MH370 yang terapung di bahagian selatan
Lautan Hindi.
Satelit
Worldview -2 milik DigitalGlobe yang berpangkalan di Amerika Syarikat
menemui objek berkenaan 2,500 km barat daya Perth, Australia. Ia diikuti
dengan misi pencarian besar-besaran di kawasan itu.
Pada
hari Sabtu, Satelit Cina mengesan objek baharu berukuran 22 meter
panjang dan 13 meter lebar di berhampiran koridor Selatan.
"Penyatuan aset"
Sungguh
mengagumkan bagaimana kapal terbang yang hilang telah menyatukan semua
pengetahuan dan aset ketenteraan dari seluruh dunia, khususnya China.
Misi pencarian MH370 mendedahkan bahawa kuasa besar telah menggunakan 21 satelit untuk mencari pesawat berkenaan.
China
mungkin mempunyai bilangan satelit terbesar di dunia selepas Amerika
Syarikat, dimana ia memiliki 50 peratus daripada 1071 satelit yang
beroperasi di orbit.
Dengan gabungan lima satelit MEASAT Malaysia dan lapan satelit Australia di angkasa, misi pencarian diteruskan.
"Penipuan pasport lebih mudah"
Dua penumpang yang ditemui telah menaiki MH370 menggunakan pasport Austria dan Itali yang dicuri.
Sehingga
Mac 2014, INTERPOL berkata bahawa lebih daripada 40 juta dokumen
perjalanan (pasport, visa , dokumen pengenalan) telah dilaporkan hilang
atau dicuri oleh 167 negara.
Walau
bagaimanapun, Setiausaha Agung INTERPOL Ronald K. Noble berkata 40%
daripada pasport di seluruh dunia tidak diperiksa dengan pangkalan data
INTERPOL.
"Ini
adalah keadaan yang kita berharap tidak akan lalui. Untuk beberapa
tahun INTERPOL telah bertanya mengapa negara perlu menunggu untuk satu
tragedi bagi meletakkan langkah-langkah keselamatan yang berhemat di
sempadan dan pintu keluar di lapangan terbang.
"Jika
Malaysia Airlines dan semua syarikat penerbangan di seluruh dunia
menyemak butiran pasport penumpang dengan pangkalan data INTERPOL, maka
kita tidak akan membuat spekulasi sama ada pasport dicuri digunakan
oleh pengganas untuk menaiki MH370," kata Noble dalam satu kenyataan.
Persoalannya,
adakah pasport dicuri berkaitan dengan kehilangan pesawat? Kita hanya
boleh menjawab soalan ini jikalau kotak hitam pesawat itu ditemui.
"Mencari pesawat yang tidak mahu dijumpai"
Kita
hidup di dalam dunia di mana teknologi dapat mengesan lokasi seseorang,
apa yang mereka suka, apa yang mereka makan dan apa yang mereka beli.
Agak sukar untuk kita tidak dapat mengesan kapal terbang!
Tetapi
dalam kes ini, kita tahu bahawa pemancar elektronik penerbangan ini
telah ditutup sekaligus menghentikan segala komunikasi dengan seluruh
dunia.
Ia pasti sukar untuk mencari sesebuah pesawat yang tidak mahu ditemui.
Dengan
radar dan teknologi satelit, pesawat dan kapal yang dihantar ke
bahagian selatan Lautan Hindi masih perlu bergantung kepada mata kasar
untuk mengesan pesawat itu.
"Pengurusan krisis"
Boleh dikatakan, pengurusan maklumat daripada lebih 20 buah negara termasuk maklumat rahsia ketenteraan sememangnya menyukarkan.
Menteri
Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata, ia memerlukan usaha yang sangat
teliti tetapi kelebihan Malaysia ialah ia mempunyai hubungan baik dengan
kesemua negara-negara yang terlibat.
Hubungan
ini tidak akan memberikan apa-apa halangan untuk kerjasama diteruskan,
seperti yang dinyatakan oleh pejabat Perdana Menteri.
Bekas
komander tentera Lt Jen (B) Datuk Seri Zaini Mohd Said menegaskan
bahawa tiga atau empat hari pertama dalam mana-mana krisis "banyak masa
digunakan untuk mempelajari situasi ini. Jika ini berlaku kepada
mana-mana negara lain, kira-kira 80 % daripada mereka akan mempunyai
masalah yang sama."
Mengambil
kemalangan Air France pada tahun 2009 - di mana Airbus 330-300 hilang
di tengah laut sebagai contoh - pihak berkuasa mengambil masa kira-kira 6
jam untuk mengesahkan kehilangannya - dan beberapa hari untuk mengesan
pesawat yang telah hilang. Ia mengambil masa 2 tahun untuk mencari kotak
hitam bagi mengetahu punca misteri kehilangan penerbangan itu.
Kehilangan MH370, seperti Air France, adalah satu krisis penerbangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Lembaga
Keselamatan Maritim Australia (AMSA) yang mengendalikan SAR di bahagian
selatan Lautan Hindi, kita mempunyai maklumat tulus tentang misi
berkenaan yang diterbitkan di laman web mereka.
"Teori konspirasi"
Setiap manusia pastinya inginkan penjelasan terutamanya seperti krisis MH370 yang sukar untuk dijelaskan.
Disebabkan
kekurangan maklumat, ramai yang mempunyai teori-teori masing-masing
seperti teori rampasan sehingga yang pelik seperti rampasan makhluk
asing.
Berikut adalah beberapa yang teori lain:
1. Rampasan melalui telefon bimbit
Tuntutan
itu adalah bahawa telefon bimbit digunakan untuk mengodam sistem
pesawat dan "menukar kelajuan, ketinggian dan arah dengan menghantar
isyarat radio kepada sistem pengurusan penerbangan. Ia kemudiannya boleh
mendarat atau mebuat pesawat terhempas dengan kawalan jauh."
Ini
adalah salah satu penjelasan yang lebih munasabah kerana MH370 adalah
salah satu 'pesawat pintar' pertama yang boleh dikawal oleh isyarat
elektronik.
2. Teknologi baharu
Kami
telah mendengar laporan bahawa MH370 mempunyai 20 pekerja daripada
firma Freescale Semiconductor dari Texas dan pesawat itu digunakan untuk
menguji sistem "cloaking technology" dimana objek-objek teknologi tidak
dapat dikesan.
Ini menyebabkan pesawat hilang dari radar dan hampir mustahil untuk melihat dengan mata kasar.
Dua
teori berpunca dari 'penjelasan' ini: Orang China mendapat tahu tentang
teknologi dan mengalihkan pesawat itu untuk mendapatkannya, atau
Amerika Syarikat menyedari China mungkin dapat memegang teknologi ini
dan menembak kapal terbang itu.
3. Pesawat bersembunyi
Teori
lain adalah pesawat berkenaan dirampas dan pesawat itu mendarat di
lapangan terbang terpencil, tersembunyi dari dunia. Ia bakal digunakan
dalam serangan pengganas akan datang.
Adalah
sukar untuk menolak apa-apa. Pihak kerajaan tidak semestinya terbuka
untuk berkongsi semua maklumat, terutama sekali tentang keupayaan radar
ketenteraan mereka.
Semua akan didedahkan bila kotak hitam itu berjaya ditemui.
4. Dimensi lain
Ini memang menarik. Bagaimana jika lohong hitam (atau 'black hole') menyebabkan kehilangan MH370?
Sebelum
penemuan sebuah 'objek ' di Lautan Hindi, pembaca berita CNN Don Lemon
bertanya kepada tetamu jemputannya jika lohong hitam itu mungkin
menyedut pesawat tersebut dan ia kini dalam dimensi lain.
"Lohong
hitam kecil akan menyedut seluruh alam semesta, jadi kita tahu ia
tidak berlaku ," jawab Mary Schiavo , bekas ketua Jabatan Pengangkutan
Amerika Syarikat.
5. Makhluk asing
Kehilangan misteri? Tiada penjelasan yang logik? Mesti makhluk asing!
Sesetengah orang mendakwa bahawa UFO dikesan pada radar sebelum kehilangan pesawat itu.
Alexandra
Bruce, dari Forbidden Knowledge TV, menggunakan laman web peta
penerbangan Flightradar untuk memberi contoh tentang penglibatan makhluk
asing dalam kehilangan MH370.
Memetik
video oleh "wartawan rakyat" yang merupakan pengguna Youtube dikenali
sebagai DAHBOO7, Bruce mendakwa bacaan radar dalam klip berkenaan "hanya
boleh dipanggil sebagai UFO."
Ini hanyalah sebahagian daripada apa yang telah dipelajari daripada krisis Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang.
Jadi, apa pula yang telah anda pelajari daripada krisis ini? - awani
ADA SEBARANG KOMEN??