MH370: Datuk Dr Haron Din Tidak Menolak Sekiranya Pesawat Termasuk ke Alam Ghaib!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

MH370: Datuk Dr Haron Din Tidak Menolak Sekiranya Pesawat Termasuk ke Alam Ghaib!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com

Datuk Dr Haron Din Tidak Menolak Sekiranya Pesawat Termasuk Ke Alam Ghaib


KUALA LUMPUR – Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din mempertahankan kerajaan dan Penerbangan Malaysia (MAS) dengan menegaskan bahawa mereka melakukan yang terbaik dalam usaha mengesan pesawat MH370.

Kenyataan Haron itu dibuat susulan kritikan melulu oleh Naib Presiden PAS Mahfuz Omar dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kerajaan dalam menangani tragedi yang berlarutan sejak 11 hari lalu.

“Ada kata pepatah berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Yang memikul tugas ini adalah kerajaan dan saya secara jujur mengatakan kerajaan telah melakukan segalanya,” katanya kepada Antarapos.

Pesawat Boeing 777-200ER yang sedang dalam penerbangan ke Beijing dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang daripada imbasan radar, kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada 12.41 pagi, 8 Mac lalu.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Pihak berkuasa Malaysia menyelaraskan gerakan mencari merentasi benua, membabitkan 24 negara dengan aset ketenteraan mereka, namun masih menemui jalan buntu.

Haron kemudiannya menasihatkan rakyat negara ini khususnya keluarga penumpang penerbangan itu menyerahkan perkara itu kepada Allah SWT.“Tetapi segala-galanya itu masih lagi ada persoalan, segala yang terdaya oleh kita dalam menghadapi suasana tempat, masa dan keadaan yang kesemuanya kita rujuk kepada alam kebendaan.

“Kita tidak pernah terfikir apakah mungkin alam ini hanya ada alam benda atau nyata? Ada alam dunia sahajakah atau ada alam lain?,” katanya.

Justeru pengamal perubatan Islam ini tidak menolak sekiranya pesawat tersebut ‘termasuk’ ke alam lain.“Saya sekadar bertanya adakah kita lupa atau tak mahu mengambil kira alam ghaib dari maksud perlu ada kemampuan serta kebolehan untuk kita menembusi, mencari dan mengenali alam ghaib.

“Ini hanya berlaku apabila alam nyata tidak dapat menjawab bila alam yang kita lihat dengan mata tidak dapat menjawab, mungkin alam ghaib boleh menjawabnya” katanya.Menurut Haron, banyak persoalan timbul ekoran kehilangan pesawat itu yang secara tiba-tiba hilang daripada radar selain gagal dihubungi, lapor Antarapos.“Hilang daripada pandangan, besar kemungkinan ia termasuk ke dalam alam ghaib” katanya. - Sumber Antarapos
  • BONGKAR!! Banyaknya Israel Tanam Pokok Ghorqod, Si Pohon Yahudi...UNTUK APA??
    22/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Pasukan tentera Israel bukan hanya…
  • SERIUS KEJAM! Kanak-kanak Perempuan Dikelar Sehingga Kepala Terputus
    29/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com FOTO Shahrul Redzuan Zulkifli [HarianMetro]…
  • GEMPAR! Salinan Email Pembelian Gadget Simulator Kapten Zaharie TERSEBAR!
    19/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Rakan Maya kepada Kapten Zaharie yang…
  • VELLFIRE oh VELLFIRE... berdosakan Ustaz pakai VELLFIRE..??
    15/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com 1) Isu Vellfire heboh dalam media…
  • BONGKAR! KICAP JENAMA TIRUAN GUNA BOTOL ARAK YANG DIKITAR SEMULA!!
    20/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Kuala Lumpur: Biarpun pernah diserbu…
  • MESTI TENGOK! Gambar Ustaz Azhar Selfie bersama Isteri-isterinya.. Dah Pandai Sekarang Ni!
    26/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Siapalah yang tidak mengenali penceramah…
  • Bilik Guru Disiplin Sekolah Menengah Di Klang Hampir Musnah Dibakar!
    20/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Klang – Bilik disiplin sebuah sekolah…
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus