MH370: Isu Terima Panggilan Misteri Sebelum Berlepas - INI PENJELASAN PIHAK POLIS!!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

MH370: Isu Terima Panggilan Misteri Sebelum Berlepas - INI PENJELASAN PIHAK POLIS!!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com

Polis Nafi Kapten Zaharie Terima 2 Panggilan Telefon Sebelum Berlepas

Polis menafikan dakwaan akhbar tabloid asing bahawa Kapten Zaharie Ahmad Shah telah menerima panggilan dari nombor telefon yang berdaftar dengan identiti meragukan sebelum membuat penerbangan pada 8 Mac lalu.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Komunikasi Korporat), Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, ACP Datin Asmawati Ahmad berkata tabloid asing itu tidak mempunyai hak eksklusif untuk butiran siasatan.

"Ketua Polis tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan awam yang mengkategorikan siasatan MH370 di bawah tindakan keganasan.

"Perlu dimaklumkan bahawa Polis Diraja Malaysia tidak bertanggungjawab atas penyebaran maklumat, yang berasal daripada sumber-sumber yang tidak dinamakan dan tidak disahkan," katanya, sambil menambah berita dalam tabloid itu hanya spekulasi semata-mata.

Beliau merujuk laporan akhbar tabloid British, The Mail bahawa Kapten Zaharie menerima panggilan dari nombor telefon yang berdaftar dengan identiti meragukan sebelum berlepas pada 8 Mac.

Laporan itu mendakwa penyiasat telah membuat penelitian terhadap panggilan dua minit yang dibuat menggunakan kad sim prabayar yang didaftarkan di bawah nama wanita, tetapi dengan pengenalan palsu.


Ia juga menyatakan bahawa polis telah mengesan kedai menjual kad sim prabayar itu di Kuala Lumpur.

Laporan itu mendakwa spekulasi bahawa pesawat itu mungkin telah dirampas oleh pengganas muncul selepas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengklasifikasikan kes kehilangan penerbangan MH370 sebagai tindakan keganasan, termasuk rampasan dan sabotaj.


sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/03/23/polis-nafi-panggilan-wanita-misteri/

  • EKSLUSIF: Sekitar Majlis Perkahwinan Anak Perempuan UAI! (8 Gambar)
    07/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Gambar-gambar perkahwinan anak perempuan…
  • (GAMBAR) KEJAM! Kucing Jadi Mangsa Tempat Lelaki Ini Lepas Tekanan!
    27/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Sememangnya, pelbagai urusan dalam…
  • MESTI TENGOK! Isu OKU Terabai: Wardina Safiyyah 'LANTANG' Bersuara!
    23/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Hujung minggu lalu, isu seorang Orang…
  • PERSOALAN: Siapakah dihubungi Fariq ketika MH370 berada di Pulau Pinang??
    12/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Kerajaan akan meneliti laporan sebuah…
  • Detik Hitam Pelajar Perempuan Berusia 9 Tahun DIC@BUL, DIC1UM Lelaki 57 Tahun!
    26/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Lagi kes culik kanak-kanak! Seorang…
  • LUAHAN HATI PENGGUNA WANITA HAMPIR DITIPU RM4,273 OLEH PUSAT SERVIS PERODUA SG. BESAR ! (MESTI BACA)
    12/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Cerita ini bukan rekaan. Ini kisah benar…
  • Isu Lafaz Talak Di Lokasi Penggambaran : Ini Penjelasan Suami Izreen Azminda!
    21/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Suami kepada pelakon jelita Izreen Azminda,…
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus