#MH370: PETUNJUK BARU DARI IMEJ SATELIT, LEBIH 100 OBJEK DIKESAN DI LAUTAN HINDI

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

#MH370: PETUNJUK BARU DARI IMEJ SATELIT, LEBIH 100 OBJEK DIKESAN DI LAUTAN HINDI

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com



Pasukan penyiasat Malaysia mengumumkan imej satelit baru menunjukkan sebanyak 122 objek di dikesan di permukaan selatan Lautan Hindi dalam kawasan operasi pencarian.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, objek berkenaan – ada diantaranya sebesar 23 meter panjang berwarna cerah – kini sedang diteliti.


Bagaimanapun, buat masa ini belum dapat dipastikan sama ada ia benar-benar berpunca daripada pesawat Malaysia Airlines yang hilang itu, katanya.

“Namun, kita berharap petunjuk baru ini akan membantu operasi pencarian,” katanya dalam sidang media dipancarkan secara langsung di TV hari ini.

Katanya, imej yang dirakam pada 23 Mac itu diterima oleh Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) dari Airbus Defence dan Space semalam.


"MRSA menganalisis imej tersebut - dalam satu kawasan lautan seluas 400 kilometer persegi - dan berjaya mengenalpasti 122 objek berpotensi.

"Ada di antaranya sepanjang satu meter, yang lain ada yang sepanjang 23 meter.

"Ada di antaranya kelihatan berkilat, mungkin menunjukkan objek pejal," kata Hishammuddin yang membaca satu kenyataan.

Tambahnya, objek berkenaan dikesan pada kedudukan kira-kira 2,557 kilomter dari Perth.

Kesemua imej berkenaan dihantar serta merta kepada Pusat Koordinasi Penyelamat Australia di Perth semalam, katanya.


Hishamuddin berkata kesemua petunjuk itu bakal membantu pasukan penyelamat dari 26 negara yang kini menumpu perhatian di selatan Lautan Hindi itu.

"Kita sudah mempunyai empat petunjuk satelit berbeza, termasuk dari Australia, China dan Perancis yang menunjukkan kemungkinan objek.

"Paling penting sekarang kita cuba padankan objek itu dengan MH370.

"Ini akan membantu mengecilkan kawasan carian dan mengesan lebih banyak objek dari pesawat itu," kata beliau.

Menurut beliau lagi Australia kini mengetuai usaha mencari dan menyelamat di selatan lautan itu, dan membahagikan kawasan pencarian kepada sektor timur dan barat.

Sementara itu Malaysia menyelia kerjasama antara negara dan agensi dalam membantu usaha mencari ini, katanya.

Dua hari lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bukti-bukti sedia ada mencadangkan kedudukan terakhir MH370 di pertengahan Lautan Hindi, di sebelah Barat Perth, Australia. Sumber: MalaysiaKini
  • MH370:
    21/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Ekoran daripada dakwaan yang dibuat…
  •  Patutkah? Pemandu Lori Dipenjara Curi Tiga Bungkus Milo Bernilai RM53.55!
    24/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori…
  • (6 GAMBAR) Koleksi Foto Allahyarham P.Ramlee Semasa Pemergiannya Yang Kita Tidak Pernah Lihat!!
    01/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Foto terakhir yang diambil beberapa hari…
  • GEMPAR! BENARKAH GAMBAR SATELIT PESAWAT YANG DITEMUI PAKAR IT INDIA ITU MH370?
    19/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com NEW DELHI: Seorang penganalisis IT India…
  • 10 Sebab Kenapa Aku Menyesal Belajar Sains Komputer...
    18/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com 10 tahun dalam dunia IT, aku akhirnya pasrah…
  • Haha, Bakal Orang Terkaya Di Dunia? Baca Pendedahan Sebenar SKIM YSLM Di Sini!
    07/07/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Mengapa seorang ahli perniagaan…
  • Keluarga Kapten Zaharie Melarikan Diri?? INI PENJELASAN SEBENAR!
    18/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com SHAH ALAM – Dakwaan mengatakan isteri…
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus