Semua Kakitangan MAS Yang Terlibat Dengan Penerbangan MH370 Akan Disiasat

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

Semua Kakitangan MAS Yang Terlibat Dengan Penerbangan MH370 Akan Disiasat

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com

Semua Kakitangan MAS Yang Terlibat Dengan Penerbangan MH370 Disiasat
Semua Kakitangan MAS Yang Terlibat Dengan Penerbangan MH370 Disiasat
Beliau berkata ini selain 239 penumpang dan kru pesawat berkenaan.

"Pihak berkuasa Malaysia kini memfokus semula siasatan mereka ke atas semua kru dan penumpang MH370, serta semua petugas bawahan yang mengendali pesawat itu," kata Hishammuddin pada satu taklimat akhbar mengenai pencarian pesawat MAS itu di Sepang hari ini.

Beliau berkata pihak berkuasa Malaysia tidak sedia mengulas teori spekulatif berhubung apa yang menyebabkan penerbangan itu melencong dari laluan asalnya kerana bimbang ini boleh mengganggu siasatan.

Awal hari ini dalam satu kenyataan, beliau berkata jurutera MAS, yang ada urusan dengan pesawat itu sebelum ia berlepas, juga disiasat.

Mengenai operasi mencari dan menyelamat, Hishammuddin berkata bilangan negara yang terlibat dalam operasi itu kini meningkat dari 14 kepada 25.

"Dalam 24 jam lepas, Perdana Menteri telah bercakap dengan Perdana Menteri Bangladesh, Presiden Turkmenistan, Presiden Kazakhstan dan Perdana Menteri India.

"Semalam, Kementerian Luar memberi taklimat kepada wakil-wakil dari negara-negara di sepanjang koridor utara dan selatan," kata beliau.

Menyentuh soal penyenggaraan pesawat, beliau berkata MAS mengesahkan pesawat itu memang tertakluk kepada program senggaraan yang diperlukan iaitu "the Boeing Maintenance Planning Document" dan pesawat berkenaan diservis sepenuhnya serta layak untuk terbang.

Beliau berkata pengendali rangkaian satelit global, pasukan Inmarsat tiba semalam untuk membantu pasukan penyiasat dari Malaysia, United Kingdom dan Amerika Syarikat. - Bernama
  • KISAH BENAR: Pengalaman Ngeri Seorang Penggali Kubur!
    09/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Kisah benar yang diceritakan sendiri oleh…
  • (VIDEO) Padah Cuba Tendang Kereta, Lihat Apa Yang Berlaku Kepada Lelaki Ini!
    02/07/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com SEBAGAI pengguna jalan raya, anda…
  • ISU LAPORAN POLIS AZAN TERLALU KUAT - INI CERITA SEBENAR YANG ANDA TAK TAHU!!
    14/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Rakyat Malaysia khususnya yang beragama…
  • MH370: Apa Yang Telah Kita Belajar Daripada Kehilangan Pesawat Ini?
    24/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com KUALA LUMPUR - 24/3/2014: Lebih dua minggu…
  • NAIK LAGI ! MALAYSIA DIAMBANG KENAIKAN MINYAK, JUN 2014!!
    18/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Kenaikan Harga Minyak Ron95 Naik Jun…
  • 5 Jenis Makanan Yang Perlu Dijauhkan Dari Kanak-kanak... Mesti Anda TERKEJUT Dengan Pendedahan Ini!
    16/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com  Setiap ibubapa menginginkan…
  • BONGKAR!! Bukti-bukti MH370 Mendarat di Diego Garcia??
    04/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com SPEKULASI berhubung MH370 sentiasa…
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus