Tragedi Konsert FMFA: ABANG KEPADA GADIS YANG MAUT DALAM KONSERT LUAH ISI HATI

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

Tragedi Konsert FMFA: ABANG KEPADA GADIS YANG MAUT DALAM KONSERT LUAH ISI HATI

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com


Beberapa hari lalu kita digemparkan dengan kematian beberapa remaja dalam konsert ‘Future Music Festival Asia’ di Stadium Bukit Jalil. Melalui laporan berita, Enam maut termasuk tiga gadis, disyaki akibat mengambil dadah berlebihan sehingga mengalami sesak nafas.

Tidak cukup dengan itu, gambar-gambar mangsa turut disebarkan dalam blog-blog dan media sosial. Namun, abang kepada salah seorang gadis yang meninggal dunia tampil meluahkan isi hatinya mengenai kejadian itu di dalam Akaun Facebook adiknya sendiri, Sabreena Kamarudin. Baca luahan hati beliau:


Assalamualaikum,
Pada 15 Mac 2014, adik saya Sabreena binti Kamarudin telah kembali ke rahmatullah. Saya tidak menafikan apa yang dikatakan oleh media massa tentang apa yang berlaku, di mana adik saya terlibat dengan satu konsert dan telah meninggal dunia.
Arwahyarhamah merupakan seorang yang sangat baik hati, disayangi serta disenangi oleh ahli keluarga dan juga kawan-kawannya. Ramai pihak yang tidak mempercayai apa yang telah berlaku, terutamanya para guru dan sahabat handai kerana perwatakannya yang lemah lembut dan baik budi pekerti sejak dari kecil lagi. Saya sebagai abang turut terkejut dengan berita ini, dan sehingga ke saat ini masih tidak dapat menerima hakikat bahawa adik saya telah kembali kepadaNya dalam keadaan begini.

Saya masih terlibat dalam proses menyiasat dan mencari informasi tentang apa yang telah berlaku, dan saya tidak akan berhenti sehingga nama adik saya bersih seperti sediakala. Saya juga meminta kepada semua pihak agar tidak membuat spekulasi, menambah-nambah cerita, menghina atau mencaci arwahyarhamah atau keluarga. Hormatilah yang telah pergi, dan hormatilah ahli keluarga saya yang masih dalam keadaan trauma. Mereka cuma insan biasa, mereka memerlukan sokongan anda untuk menghadapi ujian dariNya.
Saya ingin meminta pertolongan anda semua agar memadam gambar-gambar arwahyarhamah yang tidak menutup aurat. Selain itu, saya serendah-rendah diri memohon jasa baik sesiapa yang membaca post ini, sama ada anda mengenali arwahyarhamah atau tidak, untuk sama-sama terus mendoakan Sabreena agar ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan solehah. Sedekahkan Al-Fatihah untuknya agar beliau mendapat ketenangan di sana.
Ingatlah adikku dalam doamu. - Amirul Aftar.


Sumber:tengoktvonline.blogspot.com
  • TERKINI: Lelaki baru balik umrah maut dijangkiti MERS, penumpang pesawat digesa hubungi KKM!!
    16/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com PUTRAJAYA: Seorang lelaki berusia 54…
  • PUNCA SEBENAR BAS SEKOLAH TERJUNAM KE DALAM KOLAM KUMBAHAN YANG MENGORBANKAN NYAWA SEORANG MURID!
    14/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Johor Bahru: Seorang murid tadika Kemas…
  • Nak Tahu Kenapa Tudung Fareeda Mahal?? INI SEBAB-SEBABNYA!!
    16/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Tudung Fareeda memang terkenal dengan…
  • MH370:
    21/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Ekoran daripada dakwaan yang dibuat…
  • Padah Ubah Gaya Rambut Blonde: Aliff Aziz TERUK DIHENTAM di Laman Sosial!
    27/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Aliff Aziz Dihentam Peminat Kerana Rambut…
  • PANAS BERAPI! KENAPA PERLU HINA POLIS TRAFIK SEPERTI ANJING JALANAN???
    16/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Patut ke menghina anggota polis trafik yang…
  • BONGKAR! 10 Perkara Yahudi Tak Nak Kita Tahu!! (Mesti Baca)
    15/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com TOLONG "SHARE" demi pengetahuan kaum…
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus