Betulke Shahrol Shiro Ada Ambil Dadah?? INI PENJELASAN SEBENAR!!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

Betulke Shahrol Shiro Ada Ambil Dadah?? INI PENJELASAN SEBENAR!!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com


"SAYA tak pernah ambil barang terlarang. Apa yang penting kami (Shiro) memang ‘clean’!,” jelas pelawak, Shahrol Shiro berhubung desas-desus mendakwanya mengambil dadah.

Tegas Shahrol atau nama sebenar, Shahrol Azizie Azmi, 30, dakwaan itu hanyalah tuduhan semata-mata untuk menjatuhkan namanya.

“Baru pertama kali saya dengar cerita yang kaitkan saya dengan bahan terlarang ni. Kalau difikirkan, badan besar macam saya ni takkanlah ambil benda-benda macam tu. Yang penting, saya memang tak pernah ambil ganja atau apa saja jenis dadah. 
 
“Lagipun saya tak percaya dengan benda macam ini. Ia boleh mengganggu perjalanan kerja dan menjejaskan karier saya,” katanya pada program jelajah Komedi di Kedah, anjuran Sinar FM, Sabtu lalu. 

Dalam pada itu, seorang lagi anggota Shiro, iaitu Ajak, turut menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu. 

"Mengapa pula kami nak buat benda yang tidak berfaedah ini? Ia hanya akan menjejaskan periuk nasi kami. 

“Saya tak faham kenapa ada tuduhan kepada kami saya harap tiada lagi khabar angin sebegini,” tegasnya.

Beralih mengenai Shahrol yang pernah dikatakan berselisih faham dengan Jep Sepahtu dan berdepan tekanan hebat dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega MLM2012 sebelum ini, Shiro bagaimanapun enggan lagi memperbesarkan isu tersebut. 

"Kami dalam satu industri dan hubungan kami juga baik seperti rakan pelawak yang lain," katanya.

Dalam perkembangan lain, Shiro bakal ke Perth, Australia bersama Hanez Suraya dan Sheila Rusli untuk penggambaran Ketuk-ketuk Ramadhan awal bulan Mei ini. - Sinar Harian
- http://sehinggit.blogspot.com
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus