BIL MAKAN TENGAH HARI BERJUMLAH RM17,017, CETUS KONTROVERSI DI LAMAN SOSIAL!!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

BIL MAKAN TENGAH HARI BERJUMLAH RM17,017, CETUS KONTROVERSI DI LAMAN SOSIAL!!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com


Kuala Lumpur: “Bil makan tengah hari RM17,017?” Itu perkara biasa jika menikmatinya hidangan eksotik udang galah dan patin buah di Restoran Samudra Exotic River Fish di Kampung Baru di sini.

Malah, jika orang ramai yang meragui kesahihan harga makanan itu bolehlah berkunjung ke premis berkenaan untuk pengesahan, kata jurucakap Restoran Samudra Exotic River Fish.

"Saya tidak pasti apa tujuan individu yang menyebar gambar itu dan saya tidak mahu komen lanjut mengenai kesahihannya (resit),” katanya yang tidak mahu dikenali.

Jurucakap itu berkata, pihak restoran enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan beranggapan harga berkenaan adalah perkara biasa kerana membabitkan makanan yang diketahui mahal seperti patin buah dan udang galah.

Sekeping resit yang memaparkan nama Restoran Samudra Exotic River Fish bertarikh 26 April 2014 itu tersebar luas di media sosial menjadi topik perbicangan hangat.

Berdasarkan gambar resit yang dihidang di meja VIP 1 itu, sebanyak 10 ikan patin buah seberat 26 kilogram berharga RM6,877 manakala 50 udang galah seberat 39 kilogram dicaj RM10,140.

Selain daripada aplikasi Whatsapp gambar berkenaan turut tersebar di laman sosial seperti Facebook (FB) dan pengguna memberi pelbagai reaksi terhadap harga makanan yang disifatkan terlalu mahal itu.

Bagaimanapun, terdapat juga pengguna FB yang tampil menjelaskan bahawa harga berkenaan adalah untuk jumlah pelanggan yang ramai dan ia adalah harga yang munasabah berdasarkan jenis makanan yang dinikmati.

"Saya cuma nak cakap, kepada mereka yang banyak memberi komen negatif silalah datang ke kedai dan lihat sendiri harga makanan," katanya.

Bagaimanapun terdapat juga pengguna FB yang tampil menjelaskan bahawa harga berkenaan adalah untuk jumlah pelanggan yang ramai dan ia adalah harga yang munasabah berdasarkan jenis makanan yang dibeli. - Harian Metro
  • MH370: GRAND FINALE - Pendedahan Tergempar, Lokasi Terakhir Bukan Di Lautan Hindi.Semua Penumpang Sudah...
    29/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Pendahuluan Assalamualaikum dan…
  • UPDATE:Akhirnya Awie Dihadapkan Ke Mahkamah Atas Tuduhan Pukul Isteri!
    03/07/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Penyanyi dan pelakon Awie didakwa di…
  • Isu Cemburu Nora Danish Berpegangan Tangan dengan Farid: David Teo Beri Penjelasan Kepada Diana Danielle!!
    20/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Dari laman Murai.com , David Teo telah…
  • #MH370: BONGKAR! Adakah Dakwaan Wanita Balik Umrah Sebelum Ini Benar? BACA PENEMUAN BARU INI!
    29/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Adakah dakwaan seorang wanita rakyat…
  • Isu MH370: Punca sebenar Ustaz Darul Manzil tutup akaun Facebook!!
    30/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Punca sebenar Ustaz Darul Manzil…
  • Gempar! LELAKI TEMPATAN DITEMUI MAUT TERDAMPAR DI TEPI JALAN PAPAR LAMA... INI PUNCANYA!!
    12/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com PAPAR: Seorang lelaki tempatan yang…
  • Pasti Tersentuh Jika Anda Baca Nukilan Dr Azizan Osman Mengenai Peribadi Datuk Sharifah Aini!
    07/07/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Ya Allah tersentap jiwa saya sebentar tadi…
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus