HUDUD: INI JAWAPAN EKSLUSIF Sultan Brunei Mengenai Kritikan PBB!!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

HUDUD: INI JAWAPAN EKSLUSIF Sultan Brunei Mengenai Kritikan PBB!!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com

Gambar pinjam dari www.prihatin.net.my


BRUNEI DARUSSALAM 14 April - Ketua negara Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah menangkis kritikan antarabangsa berhubung pelaksanaan hukum hudud di negaranya dan menafikan bahawa tindakan itu satu langkah ke belakang.

Laman web, Mail Online melaporkan Mac lalu, Sultan Hassanal bertitah, semua bangsa perlu bersatu di bawah undang-undang syariah dan baginda menyifatkan kod panel baharu itu merupakan kejayaan besar Brunei.

Hukum hudud yang memperuntukkan hukuman sebat dan rejam sehingga mati bagi kesalahan tertentu, mula dilaksanakan bulan ini.

Sultan Hassanal turut bertitah, pihak luar perlu menghormati sebarang keputusan Brunei sama seperti negara ini menghormati keputusan pihak lain.

Kelmarin, jurucakap Suruhanjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Rupert Colville mengkritik pelaksanaan hukum hudud oleh Brunei yang dianggap menyalahi undang-undang antarabangsa.

Jelas Colville, pihaknya memandang serius pelaksanaan undang-undang Islam tersebut yang turut memperuntukkan hukuman mati bagi kesalahan seperti merogol, berzina dan meliwat.

Colville berkata, negara Islam itu sepatutnya tidak melaksanakan langkah tersebut kerana undang-undang antarabangsa menyatakan hukuman rejam sehingga mati misalnya dikategorikan sebagai kejam dan penyeksaan serta tidak berperikemanusiaan, sekali gus diharamkan di bawah perjanjian-perjanjian hak asasi manusia.

Brunei tidak melaksanakan hukuman mati sejak 1957 dan turut mengharamkan penjualan serta pengambilan minuman keras dalam kalangan penduduk Islam negara ini. -utusan
  • Pendedahan Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Disebalik Tragedi MH370!
    18/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Laporan dari MyMediaHUb dan…
  • FUYOO! RAHSIA PULAU NANGKA DI MELAKA YANG ANDA TAK TAHU!!
    14/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com   MELAKA: Harta karun dikatakan…
  • GEMPAR! Pendedahan Berani MATI Kedudukan Terkini MH370
    24/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Pendedahan Berani Mati ini diperoleh…
  • SEBARKAN! Teknik menipu terkini di TESCO Extra Selayang...
    07/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Apa punya PESEN la org la nie nak cari…
  • PANAS!! Laporan Polis Pelajar UiTM DAKWA DIRABA Prof Izzi Hj Ali (Selamat beramal)!!
    05/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Semalam, Harian Metro mengeluarkan…
  • LUAHAN SAYU ADIK PENUMPANG MH370 : Dunia Sudah Mula Lupakan MH370!!
    05/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Hari ini hari ke-27, adakah…
  • PENDEDAHAN: Biodata Muhammad Firdaus Dullah, Remaja OKU yang Dikurung Dalam Bilik Penuh Najis!
    21/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Biodata Muhammad Firdaus Dullah, Info…
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus