Lawatan Obama ke Malaysia : Inilah Menu Istimewa yang Dihidangkan! SAKSIKAN (3 GAMBAR)

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

Lawatan Obama ke Malaysia : Inilah Menu Istimewa yang Dihidangkan! SAKSIKAN (3 GAMBAR)

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com


 Kuala Lumpur: Soto ayam dan bergedel antara menu tradisional yang dihidangkan kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama bagi majlis santapan diraja di Istana Negara, di sini, malam tadi.


Selain itu, pisang goreng dan aiskrim vanila turut disediakan sebagai pencuci mulut.

Penyelia Istana Negara Leftenen Kolonel Mastura Mohd Said berkata, menu itu antara sebahagian hidangan untuk kira-kira 650 tetamu di majlis berkenaan.

“Sebahagian besar menu adalah makanan Barat.

Stik daging, ayam dan ikan adalah menu utama mengikut cita rasa mereka selain sos yang tidak terlalu pedas.

“Hidangan sup digantikan dengan soto ayam dan bergedel atas faktor Obama yang gemar makanan tradisional Indonesia iaitu bakso,” katanya kepada Metro Ahad.

Beliau berkata, menu disediakan lebih kurang sama dengan hidangan ketika lawatan Putera William dan Kate Middleton pada 2012.

“Cuma yang berbeza ialah nasi beriani daging digantikan dengan soto ayam dan bergedel.

resepi soto ayam
Gambar Hiasan

resepi begedil
Gambar Hiasan
Pihak kami selalunya akan menyelitkan hidangan tradisional Melayu bagi memartabatkan makanan Malaysia di mata pemimpin dunia,” katanya.

Ditanya mengenai penyediaan makanan, Mastura berkata, pihaknya bermesyuarat dan kemudian mengadakan perbincangan dengan pihak Hotel -La yang menjadi penyedia makanan bagi majlis berkenaan.

“Sesudah itu, pihak saya menyembah Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri, Isnin lalu, bagi mendapat perkenan sebelum ujian rasa makanan diadakan pada Rabu.

“Kemudian, kami menghantar e-mel menu kepada pihak Kedutaan Amerika Syarikat dan menerima kelulusan penuh daripada mereka,” katanya.

Mastura berkata, segala makanan disediakan pihak Hotel Shangri-La dimasak di dapur istana bermula pagi semalam.

“Pihak kami menyelia dari segi penyediaan makanan dan proses penghantaran makanan kepada tetamu.
  • BONGKAR! PENJELASAN Bekas Pengarah DCA! Kenapa Tragedi MH370 JAUH LEBIH RUMIT dari Tanjung Kupang?
    27/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Jabatan…
  • Semua Kakitangan MAS Yang Terlibat Dengan Penerbangan MH370 Akan Disiasat
    17/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Semua Kakitangan MAS Yang Terlibat Dengan…
  • Guna
    17/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com SEORANG psikik mendedahkan dia diminta…
  • GEMPAR! Misteri Kehadiran Tentera Amerika Di Hutan Simpan Kelantan! Ada kaitan dengan MH370??
    29/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com BACHOK – Ahli Parlimen Bachok, Ahmad…
  • ISU WARDINA KECAM USTAZ DON - INI VIDEO PENJELASAN EKSLUSIF DARIPADA USTAZ DON!!
    16/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Semalam Wardina atau nama sebenarnya…
  • BONGKAR! Coklat Pepero Tiada Sijil HALAL??
    19/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Pepero ni produk coklat dari Korea yang…
  • (5 GAMBAR) Pemilik Haiwan yang Paling KEJAM!
    23/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com INILAH gambar menunjukkan anjing…
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus