NGERI! MAYAT KANAK-KANAK DENGAN KEADAAN MULUT BERBUIH DI TEPI JALAN DI KAJANG

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

NGERI! MAYAT KANAK-KANAK DENGAN KEADAAN MULUT BERBUIH DI TEPI JALAN DI KAJANG

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com


KAJANG – Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan tiga atau empat tahun ditemui orang awam dalam keadaan mulut berbuih di tepi Jalan Laman Kesuma, Hulu Langat, Batu 14, Hulu Langat, di sini, semalam.

Mayat kanak-kanak berpakaian lengkap dan memakai lampin pakai buang itu dipercayai diletakkan di situ supaya mudah dijumpai.

Berdasarkan keadaan mayat masih elok, kanak-kanak tersebut dipercayai mati dalam tempoh lapan jam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Superintendan Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan itu kira-kira 7.40 pagi.

“Hasil pemeriksaan awal ke atas mangsa yang belum dapat dikenal pasti itu, kita mendapati kesan lebam di muka dan benjolan di dahi.”

“Mangsa masih memakai lampin pakai buang, kita percaya ia diletakkan seseorang di kawasan terbabit supaya mudah dilihat orang ramai melalui jalan itu,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan sama ada terdapat unsur penderaan ke atas mangsa.

“Tiada kecederaan parah dialami mangsa sebaliknya hanya kesan lebam dan wajahnya mirip seperti warga Pakistan. Setakat ini kita klasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya.

Beliau berkata, mayat sudah dihantar ke hospital dan pihaknya menunggu laporan bedah siasat Isnin ini untuk mengetahui punca kematian, lapor Sinar Harian.


Sumber: InfoBerita93
  • DATUK DR. MASHITAH IBRAHIM DIMALUKAN GAMBAR 'PANAS' SEBEGINI!
    05/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com  Memang agak payah sebenarnya jikalau…
  • RESTORAN TERLAMPAU! GAMBAR RESIT RESTORAN INSAF CEKIK DARAH PELANGGAN TERSEBAR!!
    12/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Sekeping gambar resit yang dikeluarkan…
  • Dakwaan Dera dan Cakar,Abby Dedah Mesej Farhan Mohon Maaf !!
    12/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Menerusi akaun Instagramnya, Abby tampil…
  • Punca Sebenar Pelanggan Fareeda Doa Keturunan Mawar & Fizo Jadi Pengemis?!!
    12/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN Hanya…
  • SAYU! (5 Gambar) Keadaan Sekitar Rumah Muhammad Firdaus Ketika Beliau Ditemui....
    25/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Ya Allah, sebak apabila admin lihat…
  • PANAS BERAPI! KENAPA PERLU HINA POLIS TRAFIK SEPERTI ANJING JALANAN???
    16/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Patut ke menghina anggota polis trafik yang…
  • Tan Sri Syed Mokhtar cadang ambil alih Malaysia Airlines (MAS)... Apa Sebab Utamanya??
    19/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Tokoh konglomerat, Tan Sri Syed Mokhtar…
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus