Terkini! Akhirnya Transkrip Rasmi Perhubungan TERAKHIR MH370 Didedahkan!!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

Terkini! Akhirnya Transkrip Rasmi Perhubungan TERAKHIR MH370 Didedahkan!!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com

Akhirnya Transkrip Rasmi Perhubungan MH370 Didedahkan


PETALING JAYA - 1/4/2014: Transkrip penuh komunikasi antara pesawat MH370 dan menara kawalan udara Kuala Lumpur telah dikeluarkan pada Selasa, mendedahkan tiada sesuatu yang 'luar biasa'.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, transkrip tersebut sudah dikongsi dengan ahli keluarga penumpang.

"Tidak ada tanda sesuatu yang luar biasa di dalam transkrip itu," kata Hishammuddin dalam satu kenyataan pada Selasa.
Transkrip itu diakhiri dengan komunikasi trafik udara Malaysia yang terlebih dahulu mengucapkan selamat malam kepada MH370 dan mengarahkan juruterbang untuk menghubungi menara kawalan udara di vietnam sebelum memasuki ruang udara negara itu.

Komunikasi akhir dihantar pada pukul 1.19 pagi dari salah seorang juruterbang MH370 yang mengucapkan 'selamat malam, Malaysia Tiga Tujuh Kosong'.

Pesawat itu hilang dari radar tidak lama selepas itu dan masih belum dijumpai, walaupun Malaysia percaya laluan itu sengaja dialihkan dan terbang berjam-jam lamanya menghala Lautan Hindi, lokasi pesawat itu disahkan berakhir.


Akhirnya Transkrip Rasmi Perhubungan MH370 Didedahkan

Akhirnya Transkrip Rasmi Perhubungan MH370 Didedahkan

Akhirnya Transkrip Rasmi Perhubungan MH370 Didedahkan

'Selamat Malam Pesawat Malaysia Tiga Tujuh Kosong' - Perbualan Terakhir ATC, Kokpit


KUALA LUMPUR: "Selamat malam pesawat Malaysia tiga tujuh kosong" adalah perbualan terakhir dalam transkrip antara pengawal trafik udara (ATC) dan kokpit pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang, kata Kementerian Pengangkutan malam Isnin.

Menurut kenyataan kementerian perbualan itu dirakamkan pada jam 0119 (waktu Malaysia) 8 Mac.

Kementerian Pengangkutan berkata pihak berkuasa masih menjalankan penyiasatan forensik untuk menentukan sama ada perkataan terakhir yang dirakamkan dari kokpit itu diucapkan oleh juruterbang atau pembantu juruterbang.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan persoalan yang dibangkitkan semasa sidang media oleh Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Isnin berhubung komunikasi terakhir antara kokpit dan pengawal trafik udara.

Kenyataan itu menyebut Hishammuddin juga telah mengarahkan pasukan penyiasatan supaya mengeluarkan transkrip penuh itu, yang akan diberikan semasa taklimat kepada anggota keluarga penumpang dan anak kapal Penerbangan MH370.
  • (10 Gambar) Anda Pasti Terkejut Lihat Keajaiban yang Berlaku Pada Burung Ini!
    29/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.ComParah Diserang Tapi Masih Mampu…
  • Semua Kakitangan MAS Yang Terlibat Dengan Penerbangan MH370 Akan Disiasat
    17/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Semua Kakitangan MAS Yang Terlibat Dengan…
  • Sayu: Luahan hati bapa kanak-kanak maut terjatuh dari tingkat 3 The Gardens!
    01/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Bapa kepada kanak-kanak malang, Nurul…
  • PANAS! Abby Abadi Beri Penjelasan Mengenai Dakwaan Bekas Suaminya
    11/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Abby Abadi telah menggunakan akaun…
  • MESTI BACA! Tangan Siapa Rosakkan Anak Kita??
    06/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Perkongsian artikel yang menarik…
  • KFC Halau Keluar Budak Perempuan Kerana Wajah Menakutkan Pengunjung Lain??!
    16/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com KLIK GAMBAR UNTUK…
  • PANAS ! Sultan Titahkan PM Najib Letak Jawatan.. Apa Reaksi Anda??
    08/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Wow kecoh betul apabila Sultan menitahkan…
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus