(4 GAMBAR) Resort Bawah Laut Yang Menakjubkan Dan Mempesonakan.. HARGA BOLEH TAHAN!
PERNAHKAH anda membaca kisah donggeng tentang rumah bawah laut yang dihuni oleh para puteri duyung? Nampaknya sekarang hal tersebut akan segera menjadi kenyataan kerana projek hotel bawah laut secara mengejutkan diam-diam sudah dilaksanakan.
Resorts Poseidon Undersea dirancang akan mempunyai bilik bilik yang berada 40 kaki di bawah laut dengan luas kawasan 5,000 hektar di sebuah lagun berhampiran kepulauan Fiji. Resort bawah laut ini dirancang untuk menjadi hotel struktur kekal pertama di dunia dengan suasana dasar laut.
Rekabentuknya mula dibuat pada September 2008, dan sekarang, empat tahun kemudian, reka bentuk tersebut telah selesai dibuat. Sekilas kelihatan seperti hotel-kapal selam dengan kemudahan bintang lima.
Para tetamu boleh menginap dalam sebuah bilik dengan kos sebanyak $ 30,000 / minggu. Peranginan Poseidon bawah laut ini akan mempunyai 24 bilik dengan mempunyai saiz masing-masing 550 kaki persegi, di sana juga tersedia.
Para tetamu boleh menikmati pelbagai kemudahan mewah seperti restoran, bar, perpustakaan, spa, bilik mesyuarat, sebuah bilik perkahwinan dan teater. Seluruh tempat peranginan akan dihubungkan dengan lif yang akan memudahkan pengunjung untuk berpindah tempat.
Para tetamu bukan hanya akan merasakan pengalaman pengalaman baru dengan panorama pemandangan bawah laut, tetapi mereka juga boleh selam skuba , mengendalikan kapal selam, parasailing, penerokaan gua dan lain-lain.
ADA SEBARANG KOMEN??