Apa Perlu Lakukan Setelah Termakan Coklat Cadbury Ada Babi ? - Ini Penjelasan DR MAZA

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

Apa Perlu Lakukan Setelah Termakan Coklat Cadbury Ada Babi ? - Ini Penjelasan DR MAZA

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan hari ini bahawa mereka yang termakan khinzir tidak perlu menyamak mulut.
Beliau mengulas mengenai isu coklat Cadbury yang baru-baru ini disahkan mengandungi DNA khinzir.
“Seseorang itu tidak berdosa dan tidak perlu menyamak. Tetapi apabila sudah mengetahui coklat itu ada DNA khinzir, janganlah makan coklat itu dengan sengaja,” katanya kepada FMT.
Asri turut mengatakan bahawa pihak kerajaan juga tidak seharusnya dipersalahkan, tetapi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) seharusnya lebih berhati-hati ketika memberi pensijilan halal.
Beliau turut menyatakan bahawa jika seseorang itu menyamak, maka dia berlebih-lebihan dalam agama.
“Jika seseorang itu berbuat demikian (menyamak) maka dia bertindak di luar daripada apa yang patut,” katanya.
Mohd Asri Zainul Abidin
Menurut Asri, malah isu samak jika terkena khinzir ini terdapat khilaf di antara mazhab.
“Jika seseorang terkena air liur anjing maka wajib samak. Tetapi Imam Nawawi dari mazhab Syafie sendiri mengatakan bahawa kita tidak perlu samak dalam apa segala keadaan.”
Daging khinzir telah dijelaskan dalam al-Quran bahawa ianya haram dimakan tetapi ia tidak dinyatakan sebagai najis, katanya.
Kementerian Kesihatan pada hari Sabtu mengesahkan bahawa DNA khinzir (porcine) telah dikesan dalam coklat susu kacang hazel dan buah badam Cadbury Dairy Milk.
Dalam sebuah kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata bahawa ini berdasarkan keputusan analisis dua jenis coklat tersebut.
Walaubagaimanapun, coklat susu Cadbury Dairy Milk Chocolate tidak dikesan mempunyai DNA khinzir.
Pihak pengeluar, iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd, telah memberi jaminan untuk menarik balik produk-produk terbabit dari pasaran serta-merta. - Freemalaysiatoday
  • Menyingkap Kewujudan Dajjal
    21/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Asal-Usul Keluarganya: Dajjal adalah…
  • Misteri MH370: Benarkah Rakyat Sudah Bosan?!
    16/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Benarkah? Dipanjangkan dari…
  • Elia Raini Pembaca Berita Astro Arena Mengeluh, Mengeleng Kepala Jadi Viral!
    29/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Peminat sukan terkejut dengan gelagat…
  • GEMPAR! Salinan Email Pembelian Gadget Simulator Kapten Zaharie TERSEBAR!
    19/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Rakan Maya kepada Kapten Zaharie yang…
  • Punca Sebenar Lelaki Maut di Bazar Ramadhan Presint 3, Putrajaya (3 Gambar)
    30/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com PUTRAJAYA: Seorang penjawat awam maut di…
  • PENDEDAHAN PUNCA SEBENAR 630 BAYI DI USA DINAMAKAN 'MALAYSIA'.... Oh Ini Rupanya!!
    19/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com 630 BAYI DI USA DINAMAKAN 'MALAYSIA'…
  • LAGI KEMALANGAN BABITKAN BAS EKSPRESS!! LOKASI JALAN KUANTAN-SEGAMAT!
    20/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Seorang maut apabila sebuah bas ekspres dua…
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus