BAYI LELAKI 6 BULAN MAUT AKIBAT LEMAS TERBELIT DALAM SELIMUT LEBIH SEJAM DI RUMAH PENGASUH!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

BAYI LELAKI 6 BULAN MAUT AKIBAT LEMAS TERBELIT DALAM SELIMUT LEBIH SEJAM DI RUMAH PENGASUH!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com


Putrajaya: Seorang bayi lelaki berusia enam bulan maut dipercayai lemas selepas terbelit selimut lebih sejam di rumah pengasuhnya di Presint 9 di sini, hari ini.

Difahamkan, bayi terbabit, Ammar Arsyad Ahmad Zafwan sempat dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan, namun doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia pada 5.10 petang tadi di hospital berkenaan.

Sumber berkata, bayi terbabit dihantar bapanya, Ahmad Zafwan Sulaiman, 32, ke rumah pengasuhnya, 7.15 pagi hari ini dalam keadaan baik.

"Kira-kira sejam selepas itu, bapanya menerima panggilan daripada pengasuh memaklumkan Ammar Asyraf lemas dalam selimut.

"Bapanya bergegas ke rumah pengasuh dan tiba di sana jam 8.25 pagi untuk mengambil bayinya dan dibawa ke hospital," katanya.

Katanya, ketika dalam perjalanan ke hospital, bayi terbabit dalam keadaan lemah dan kebiruan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisionar Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Katanya, kes kini disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. - Harian Metro
  • Peniaga Melayu Jadi Pengemis Di Tanah Sendiri? - Punca Sebenar MPKj Roboh Tapak Bazar Ramadhan!
    27/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Hasrat lebih 100 peniaga untuk menambah…
  • Kisah Pelajar Universiti Malaya, Zulaikha Adam Dapat Perhatian Orang Ramai!
    18/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Satu kisah di Universiti Malaya mendapat…
  • 2 GAMBAR TOWER SWING CABLE TERCABUT DI ARA DAMANSARA, PENYELIA PROJEK TERBUNUH!
    16/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Kejadian yang dilaporkan berlaku di…
  • JIJIK! Penemuan Bangkai Cicak Dalam Kicap ABC... Benarkah Dakwaan Ini?? (3 Gambar)
    27/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Minggu yang lalu negara digemparkan dengan…
  • APA KES? Kakitangan JPJ Padang Jawa Meroyan Koyak Geran Orang?!
    24/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Luahan kejadian berikut kami petik pada…
  • GEMPAR! Video Pelanggan Temui Ulat Dalam Ayam Goreng di Kedai Mamak!
    21/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Tak habis habis dengan berita kurang…
  • LUAHAN SAYU ADIK PENUMPANG MH370 : Dunia Sudah Mula Lupakan MH370!!
    05/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Hari ini hari ke-27, adakah…
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus