Luah Perasaan di Facebook Tak Setuju GST, Pelajar UiTM Berdepan Tindakan Disiplin!! Apa Reaksi Anda??
Seorang pelajar UiTM berdepan dengan tindakan disiplin kerana dikatakan menyiarkan tulisan membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Facebook.
Dalam surat bertarikh 28 April, pihak universiti menyatakan bahawa Mohd Fathihie Gadius dari kampus UiTM Sabah, didakwa melanggar Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.
Dia didakwa membuat kenyataan awam dengan menggunakan laman sosial Facebook yang boleh menggalakkan perbuatan melanggar tatertib, kekacauan, keengkaran atau pelanggaran terhadap Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 di kalangan pelajar UiTM cawangan Sabah.
Pelajar Sarjana muda sains biologi itu juga didakwa melakukan
kesalahan yang sama melalui lebih daripada 20 posting dari Oktober 2013 hingga Januari tahun ini.
Jika didapati bersalah, dia boleh digantung dari universiti dan tidak dibenarkan masuk ke kampus.
Mengutuk pertuduhan itu, setiausaha Majlis Pelajar Universiti Malaya, Fahmi Zainol berkata akta itu “kejam” tetapi “bukan sesuatu yang baru” bagi UiTM.
Sebelum ini, katanya, sekurang-kurangnya tiga aktivis pelajar digantung pengajian selama satu semester kerana “penglibatan dalam politik”.
“Jika sekali lagi perkara yang sama juga berlaku, mahasiswa tidak teragak-agak untuk bangkit mempertahankan hak beliau,” kata Fahmi dalam satu kenyataan, lapor Malaysiakini.
ADA SEBARANG KOMEN??
- 10/04/2014 - Comments DisabledInfo dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Sebagai seorang manusia, juga sebagai…
- 14/04/2014 - Comments DisabledInfo dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Beberapa hari lepas, Engku Emran menerusi…
- 01/07/2014 - Comments DisabledInfo dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Seperti yang semua orang ketahui,…
- 25/06/2014 - Comments DisabledInfo dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com NILAI – Kisah remaja OKU, Muhammad…
- 23/06/2014 - Comments DisabledInfo dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Rasa curiga seorang suami selepas…
- 23/03/2014 - Comments DisabledInfo dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Polis menafikan dakwaan akhbar tabloid…
- 25/05/2014 - Comments DisabledInfo dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com 22nd May 2014Salam pemilik kenderaan,Nasib…