PADAH Samun Jururawat "BERANI"... Baca Apa yang Berlaku Pada Lelaki Ini!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

PADAH Samun Jururawat "BERANI"... Baca Apa yang Berlaku Pada Lelaki Ini!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com

 
 
KUCHING: Perompak dihempas dengan pintu kereta beberapa kali oleh seorang jururawat yang bertindak berani melawan perompak terbabit di pekarangan Hospital Umum Sarawak (HUS) petang kelmarin.

Difahamkan, insiden berlaku ketika jururawat berusia 39 tahun itu baharu memasuki keretanya apabila seorang lelaki yang tidak dikenali juga menyerbu masuk ke tempat duduk belakang dan terus mengacu pisau ke leher mangsa.

Mangsa bagaimanapun berjaya melepaskan diri daripada suspek yang kemudian terus bertindak keluar dari keretanya dalam insiden yang berlaku sekitar jam 6 petang itu.

“Mangsa semasa cuba menyelamatkan diri cuba ditarik semula oleh suspek namun tindakan pantasnya dengan menghempas pintu kereta beberapa kali ke arah suspek menyebabkan suspek mengalami kecederaan dan tidak mampu menghalang mangsa melarikan diri dari tempat kejadian,” kata sumber.

Beberapa pengawal keselamatan HUS yang menyedari insiden tersebut kemudian berjaya menahan suspek sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan itu juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian.

Sehingga berita ini ditulis semalam, suspek yang berasal dari Matang itu, dilaporkan masih ditahan di balai polis dan akan direman sementara siasatan lanjut pihak polis dijalankan.

UTUSAN BORNEO
  • BONGKAR! Cerita Sebenar Disebalik Tragedi Tengelamnya Kapal TLDM KD Sri Perak!!
    23/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Masih ingatkah tentang tragedi…
  • Disebabkan Seorang Menteri Yang Kurang Bijak, Posting Facebook Peribadi Ini Mendapat 4188 Shares
    03/07/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Hari ini sekali…
  • #MH370: Polis Klasifikasikan Kehilangan Pesawat Sebagai ‘Tindakan Keganasan'!
    16/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar…
  • KOMEN PANAS DAN BERANI RAJA AZMI ISU PAKAI TUDUNG!!
    14/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Sebenarnya, mudah saja. Kalau tak ada ilmu…
  • GEMPAR! Ikan Paus Whale Shark Terdampar di Kota Belud, Sabah! (4 GAMBAR)
    23/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Admin tidak mempunyai apa apa maklumat…
  • KEJAM: GAMBAR 20 EKOR KUCING MATI DIRACUN OLEH GURU DI JOHOR!!
    31/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Seorang guru yang menetap di Kampung Taman…
  • AWAS! Berhati-Hati Semasa Membeli Produk Minuman! BACA PENDEDAHAN INI..... Memang Tak Sangka!
    08/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Admin dapat perkongsian di Facebook…
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus