SEBARKAN! KELUARGA TAWAR RM20,000 SEBAGAI GANJARAN JIKA TEMUI ANAK YANG DICULIK...
Kota Kinabalu: Ahli keluarga Low Min You, 3, kanak-kanak yang dilarikan bersama sebuah kenderaan di depan stesen minyak Kampung Air, di sini, awal pagi kelmarin, menawarkan RM20,000 sebagai ganjaran kepada pihak yang berjaya menemuinya.
Tawaran itu dicetak pada kertas dan diedar kepada orang ramai, termasuk menerusi laman Facebook milik Michelle Lim, dipercayai ahli keluarga kanak-kanak malang terbabit.
Selain itu, menerusi akaun Facebook sama, keluarga mangsa memaparkan status yang menyentuh perasaan dan gambar milik Min You menyatakan kebimbangan mereka terhadap keselamatan kanak-kanak itu.
Antara status dimuat naik sejak kelmarin adalah ‘Si kecil Min You, kamu sudah hilang beberapa jam, kami sangat merinduimu. Saya tertanya-tanya adakah kamu lapar? Nakal? Menangis? Saya tidak boleh berhenti dari memikirkan kamu. Kepada Tuhan, bolehkah Kamu mendengar semua orang sedang berdoa? Tolong kembalikan dia (Ming You) kepada kami, penghibur hati kami. Saya rindu peluk cium dan ketawa manjanya’.
ANTARA status dan gambar dimuat turun dalam akaun Facebook keluarga Low Min You.
Menerusi akaun Facebook sama, ahli keluarga kanak-kanak terbabit turut meminta orang ramai segera menghubungi talian 013-8685336 atau 013-8605336 jika ada maklumat. MYMEDIAHUBONLINE.blogspot.com
ADA SEBARANG KOMEN??