Terkejut beruk dicaj RM1,830 ketam masak cili!! (6 Gambar)

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

Terkejut beruk dicaj RM1,830 ketam masak cili!! (6 Gambar)

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com


Makanan laut sememangnya dikenali dengan harga yang mahal...

Namun bagi sebuah keluarga Filipina yang sedang melancong di negara jiran Singapura terkejut beruk apabila mereka dikenakan caj makanan laut sebanyak $ 1,186.20 (RM3070)

Hanya juadah ketam masak cili sahaja mengambil kos sebanyak $707 (RM1830).

Keluarga itu yang bertandang ke Forum Seafood Village Restaurant di Boat Quay pada 26 April 2014 turut memesan udang, ikan dan sepinggan sayur-sayuran.

Encik Santiago Caaway , 54, berkata jumlah bil yang dikenakan adalah lebih daripada tiket penerbangan mereka pulang balik ke negara itu.



Restoran itu sebelum ini sering dilanda kontroversi dengan aduan pelancong yang mendakwa caj dikenakan tidak munasabah

Tetapi jurucakap Forum Seafood Thomas Tham berkata restoran itu dengan jelas menyatakan harga dan pelanggan tahu berapa kos setiap hidangan.

Malah, ketam yang dipesan keluarga Satiago bukanlah jenis ketam biasa. Ketam tersebut adalah Alaskan King Crab yang memang dikategorikan sebagai ketam yang mahal.

Encik Caaway mengatakan mereka langsung tidak tahu jenis-jenis ketam yang ada di dalam menu yang disediakan.

“Kami dengar Singapura terkenal dengan ketam masak cili, jadi kami pikir perlu mencubanya.” Tambah Encik Caaway yang nyata kecewa ketika menjawab pertanyaaan media.


  • GEMPAR! Misteri Kehadiran Tentera Amerika Di Hutan Simpan Kelantan! Ada kaitan dengan MH370??
    29/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com BACHOK – Ahli Parlimen Bachok, Ahmad…
  • ISU KENA TUNJUK SLIP GAJI: INI JAWAPAN BALAS PIHAK FAREEDA!
    26/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Berikutan tersebar status…
  • (Gambar)TAKDA HATI PERUT! WARGA EMAS DAN OKU PUN KAU ROMPAK !
    28/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Melampau punya perompak, sememang jenis…
  • Awas! Pemandu Teksi Perogol Bersiri Berkeliaran Cari Mangsa!!
    11/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com AMPANG – Polis kini memburu seorang…
  • (4 GAMBAR) Resort Bawah Laut Yang Menakjubkan Dan Mempesonakan.. HARGA BOLEH TAHAN!
    11/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com PERNAHKAH anda membaca kisah…
  • Taubat Almarhum Sultan Perak Di Masjidil Haram.
    02/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Dalam banyak-banyak cerita itu,…
  • Serius Comel! 18 GAMBAR KUCING BERMATA BESAR YANG MEMBUATKAN ANDA JATUH CINTA! No.6 Paling Comel!
    07/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Lele, seekor kucing jantan baka Chichilla…
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus