TMJ Sahkan Pemain JDT Mencuri RM500 Dipecat ! Siapakah Pemain Itu?

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

TMJ Sahkan Pemain JDT Mencuri RM500 Dipecat ! Siapakah Pemain Itu?

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com


Tunku Mahkota Johor hari ini mengesahkan seorang pemain Johor Darul Takzim (JDT) dipecat berikutan laporan polis berhubung kejadian kecurian wang milik seorang pemain pasukan itu semasa sesi latihan pasukan di padang Seri Gelam pada 1 April lepas.
   
Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) berkata, pemain terbabit mengaku mencuri wang daripada seorang lagi pemain JDT ketika sesi latihan pagi enam hari lepas.
   
"Kita telah mengambil keputusan untuk mengeluarkan beliau daripada pasukan hari ini dan saya ingin ucapkan selamat maju jaya kepada beliau," katanya kepada pemberita dan wakil-wakil kelab penyokong bola sepak Johor.
   
Menurutnya, walaupun PBNJ mengambil keputusan memecat pemain terbabit, tetapi pada masa yang sama menyerahkan kes itu untuk siasatan polis.
   
Pemain pertahanan berusia 26 tahun yang mendakwa wangnya dicuri membuat laporan polis pada 1.37 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Selatan.

Menurut salinan laporan polis yang dibuat pemain terbabit, beliau telah meletakkan begnya yang mengandungi RM500 di dalam beg persalinan dan mendapatinya hilang apabila selesai sesi latihan itu.
   
Beliau mengadu kepada penjaga pasukan dan mereka telah meneliti kandungan kamera litar tertutup dan mengenal pasti pemain yang bertanggungjawab melakukan perbuatan terbabit.
   
Berikutan rakaman kamera litar tertutup itu, penjaga pasukan JDT itu itu menemui pemain terbabit dan mengakui perbuatannya itu.
   
Laporan polis itu turut menyatakan kes terbabit sedang disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan. - Bernama
  • Inilah Punca SEBENAR Puan Lola Belum Jumpa Adik Firdaus Walaupun Sudah Dibebaskan 30 Jun Lalu!
    03/07/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com SEREMBAN – “Lola rindu nak jumpa…
  •  EKSLUSIF: Wartawan Cerita Pengalaman Tinjauan ke Rumah Muhammad Firdaus
    25/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com NILAI – Kisah remaja OKU, Muhammad…
  • LUAHAN HATI ROZITA IBRAHIM : INILAH PUNCA SEBENAR BELIAU TIDAK LAGI BERPURDAH....
    25/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Ramai mengetahui Rozita Ibrahim,…
  • (VIDEO) EKSLUSIF: Abby Abadi Tampil Dedahkan Punca Penceraian!!
    29/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Keretakan hubungan selebriti politik…
  • (4 GAMBAR) Misteri Keindahan Istana Diatas Awan di Jepun!!
    23/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Jepun memang dikenal mempunyai pelbagai…
  • Punca Sebenar FacebookDown Tidak Dapat Diakses 19 Jun 2014!
    19/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Facebook tergendala tidak dapat dibuka…
  • Isu Penceraian dengan Adam AF : Ini Luahan Ikhlas Fiza Elite!!
    29/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com SHAH ALAM: Pelakon Fiza (Elite)…
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus