TRAGIS! Lelaki mati ditikam selepas tegur kekasih cara potong sawi!!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

TRAGIS! Lelaki mati ditikam selepas tegur kekasih cara potong sawi!!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com


Akibat ditegur caranya memotong sawi salah, seorang wanita sanggup menikam teman lelakinya hingga mati di sebuah bilik sewa di tingkat tiga, Bandaran Berjaya, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian itu, mangsa, Josyua Jesbon, 30, meninggal dunia di Wad Kecemasan Hospital Queen Elizabeth (HQE) akibat luka di dada kiri akibat ditikam menggunakan pisau sepanjang 20 sentimeter.

Wanita itu yang juga kekasih mangsa berusia 28 tahun kemudian menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu selepas dinasihatkan berbuat demikian oleh salah seorang rakannya.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati cara wanita itu memotong sawi tidak disukai teman lelakinya.

“Selepas itu, berlaku pertengkaran dan wanita itu tidak mempedulikan apa yang dikatakan oleh mangsa lalu terus melakukan kerjanya.

“Sebaik saja selesai memotong sawi, dia kemudian duduk menghadap mangsa.

Ketika itu, mangsa masih tidak berpuas hati lalu memukul dan menumbuk kekasihnya bertubi-tubi.

“Wanita itu pada awalnya hanya menahan kesakitan, tetapi apabila berterusan dibelasah, dia yang sudah tidak tahan terus mengambil sebilah pisau dan menikam dada kiri mangsa.

“Berikutan tikaman itu, mangsa rebah dan wanita itu bergegas keluar dari bilik lalu mengetuk bilik sewa lain untuk meminta pertolongan,” katanya.

Seorang penghuni bilik itu kemudian keluar lalu memberikan telefon bimbit kepada wanita itu untuk menghubungi ambulans.

Mangsa dibawa ke Wad Kecemasan HQE, tetapi disahkan sudah meninggal dunia.

Polis juga sudah merampas sebilah pisau berukuran 20 sentimeter dipercayai digunakan untuk menikam mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Jauteh Dikun ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Bilik Forensik di HQE untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Harian Metro
  • MENDAPAN TANAH DI BUKIT BINTANG: BETULKAH ADA KERETA JATUH?? INI KENYATAAN MEDIA PIHAK MRT CORP!!
    23/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Susulan kejadian mendapan tanah yang berlaku…
  • MESTI TENGOK! Berita kematian Awal Ashaari tersebar meluas di Twitter!
    15/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Mengamuk dibuatnya oleh pelakon kacak…
  • Bongkar!! BAHAN KIMIA DALAM UBAT GIGI & SABUN PUNCA PENINGKATAN LELAKI MANDUL...Benarkah??
    15/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Copenhagen: Bahan kimia yang terdapat di…
  • Isu Perkahwinan Tidak Sah: Ini Reaksi Sham Kamikaze!!
    27/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com “Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik.…
  • PUNCA NEELOFA NEKAD BERTUDUNG? HIDAYAH SELEPAS SAHUR?
    01/07/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Isu pelakon dan pengacara jelita Neelofa…
  • Kisah Sayu, Hidup Pengasas D'Herbs, Dato' Aliff Syukri
    01/07/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Penulis masih ingat, ingat pertama kali…
  • APAKAH INI?? 3 Gambar Lubang Misteri Muncul Di Pintu Langit California!!
    15/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Kejadian yang aneh dan pelik ini telah…
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus