EKSLUSIF! BEZA UMUR 6 TAHUN, AZLEE KHAIRI DEDAH SIAPA BAKAL ISTERINYA?!!
Pelakon yang popular menerusi drama Love You Mr. Arrogant, Azlee Khairi memberitahu bakal menamatkan zaman bujangnya dengan wanita yang dikenali sebagai Leez pada penghujung tahun ini. Azlee, berkata, bakal isterinya itu berasal dari Brunei dan mereka telah menjalinkan hubungan cinta sejak setahun lalu.
“Insya-Allah jika segala perancangan berjalan lancar saya akan berkahwin pada penghujung tahun ini. Leez berasal dari Brunei dan kami telah berkenalan dan bercinta sejak setahun lalu,” katanya.
Dalam pada itu, Azlee berkata, dia bagaimanapun tidak merancang untuk mengikat tali pertunangan terlebih dahulu dengan wanita berusia 31 tahun itu sebaliknya ingin terus disatukan sebagai suami-isteri. Dia juga tidak menghiraukan cakap-cakap pihak lain dengan keputusannya itu kerana sebagai seorang selebriti setiap perkara yang dilakukannya akan mendapat perhatian dan kritikan.
“Insya-Allah kami akan berkahwin terus tanpa ikatan pertunangan. Saya tidak bimbang pandangan orang kerana apa juga saya buat mereka akan bercakap. Buat majlis kahwin orang bercakap, tidak buat pun orang bercakap jadi saya buat apa yang dirasakan perlu dan betul,” jelasnya.
Di tanya mengenai perbezaan umur mereka sebanyak enam tahun, Azlee berkata :
Jelas Azlee lagi, dia terpikat dengan Leez kerana wanita itu mengenali sisi baik dan buruknya dan dapat menerima dia seadanya. Rasullallah dan Siti Khadijah pun berbeza usia mereka tetapi tetap hidup bahagia dan isu umur itu bukan pengukur dalam sesuatu hubungan. Paling penting dia boleh terima diri saya seadanya,” katanya.
Kredit:sensasimalaysia.com
ADA SEBARANG KOMEN??
- 14/04/2014 - Comments DisabledInfo dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Lagi Mayat Berbungkus Di Tepi jalan Di…
- 14/05/2014 - Comments DisabledInfo dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com PUTRAJAYA: Bekas Menteri Besar Terengganu,…
- 08/06/2014 - Comments DisabledInfo dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Ajak Shiro telah dirompak oleh…
- 13/05/2014 - Comments DisabledInfo dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com SHAH ALAM – Ketua Umum PKR, Datuk…
- 16/04/2014 - Comments DisabledInfo dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Siapa tidak kenal dengan pengacara yang…
- 16/06/2014 - Comments DisabledInfo dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Kehilangan penerbangan MH370 Malaysia…
- 28/05/2014 - Comments DisabledInfo dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com INILAH rumah yang digunakan untuk…