Isu Perkahwinan Tidak Sah: Ini Reaksi Sham Kamikaze!!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

Isu Perkahwinan Tidak Sah: Ini Reaksi Sham Kamikaze!!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com

“Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik. Saya dan Nurul Halimin akan bernikah semula secepat mungkin,” kata bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Sham ketika ditemui di luar Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat di sini, semalam.

Sham Kamikaze & Isteri Bernikah Semula

Sham atau Shamril Mohd Salleh, 38, berkata demikian selepas selesai prosiding apabila mahkamah memutuskan pernikahannya dengan Nurul Halimin Mohd Salleh, 34, pada 16 Januari 2012 di Masjid Padang Ibu, Pulau Pinang adalah tidak sah.

Justeru, Hakim Syarie Kamarulzaman Ali memerintahkan pernikahan pasangan itu dibubarkan serta-merta bermula semalam dan persetubuhan antara pasangan terbabit bermula tarikh berkenaan (16 Januari 2012) adalah persetubuhan syubhah (meragukan) serta sijil pernikahan yang disahkan palsu oleh Pejabat Agama Islam Daerah Seberang Prai Tengah (SPT) dilupuskan.


Kamarulzaman dalam penghakimannya berkata, ini disebabkan pernikahan pasangan itu yang dijalankan oleh wali hakim adalah tidak sah, selain segala proses pernikahan diuruskan oleh pihak ketiga yang tidak bertauliah.

“Jika pasangan itu mahu melangsungkan perkahwinan, sepatutnya semua urusan pernikahan diuruskan sendiri dan tidak boleh diserahkan kepada pihak ketiga serta perlu melalui pejabat agama,” katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/articles/Kenanikahsemula//Article?BeritaUtama
  • Mila AF5 pertahan Kapten Zaharie tidak bersalah!
    17/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Mila AF5 pertahan Kapten Zaharie tidak…
  • Kenapa Pihak Polis Mohon Reman Lola Dilanjutkan? Baca Penjelasan Ini!
    24/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Seremban: Polis yang menahan reman…
  • MH370:
    29/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com SEKILAS PANDANG: Salah satu…
  • MASYAALLAH! - PENEMUAN BAHTERA NABI NUH (13 GAMBAR)
    08/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Pada 26 April 2010,sekumpulan pengkaji dari…
  • (8 GAMBAR) Sayu! Suami Kutip Daging dan Bersihkan Tempat Kejadian Isteri Maut Digilis Lori!
    17/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Kenapa tak berhenti? Ko dah menghimpit…
  • Nak Tahu Kenapa Tudung Fareeda Mahal?? INI SEBAB-SEBABNYA!!
    16/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Tudung Fareeda memang terkenal dengan…
  • FAKTA: 10 Bandar dengan Kos Sara Hidup Paling Mahal di Malaysia!
    15/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Dipetik daripada kajian yang dilakukan…
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus