Pekerja Restoran Warga Asing MELAMPAU! Baca Apa Mereka Lakukan Terhadap Budak Perempuan Ini...

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

Pekerja Restoran Warga Asing MELAMPAU! Baca Apa Mereka Lakukan Terhadap Budak Perempuan Ini...

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com


SEREMBAN – Seorang wanita terkejut apabila dua pekerja warga asing sebuah restoran, di sini dengan berani memeluk dan mengusap anak perempuannya berusia 10 tahun secara tiba-tiba ketika dia sedang membeli air, Khamis lalu.

Ibu mangsa berusia 30-an yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu anaknya turun membeli air seorang diri di restoran berkenaan.

Menurutnya, dia memberhentikan kenderaannya di hadapan kedai makan terbabit dan hanya menunggu di dalam kereta bersama seorang lagi anak perempuannya berusia enam tahun.

“Saya suruh anak sulung turun seorang diri kerana hanya mahu membeli air. Malah kereta saya diparkir betul-betul berhadapan kedai makan berkenaan.

“Dari dalam kereta saya lihat pergerakan anak. Tapi tiba-tiba saya pelik apabila salah seorang pekerja di situ memeluk anak saya dari belakang,” katanya.

Malah katanya, seorang lagi pekerja turut bertindak di luar batasan apabila dengan sengaja mengusap leher dan pipi anaknya.

Berang dengan keadaan itu, dia membunyikan hon kereta beberapa kali sebagai tanda amaran sebelum pekerja terbabit melarikan diri dan bersembunyi di bahagian belakang kedai.

“Saya turun berjumpa dengan penyelia restoran terbabit kerana tidak berpuas hati dengan tindakan kurang sopan tersebut.

“Tapi dia memujuk saya agar tidak membesarkan hal itu dan meminta maaf mewakili pekerjanya. Saya memang bengang sangat sebab dia berani usik anak perempuan saya macam itu. Memang dia masih kanak-kanak tapi janganlah sesuka hati mahu memeluk dan mengusik anak orang,” katanya.

Sebaik sahaja pulang ke rumah, dia memaklumkan perkara itu kepada suaminya sebelum membuat laporan di Balai Polis Senawang.

Sementara itu, Sinar Harian mendapati, gambar dua lelaki warga asing dengan tangan bergari dipercayai suspek  mula disebarkan di laman Facebook, sejak Khamis lalu.

Malah ia turut mendapat pelbagai maklum balas orang ramai yang ternyata sangat terkejut dan tidak berpuas hati dengan kejadian yang berlaku.

Sumber: SinarHarian
  • EKSLUSIF! BEZA UMUR 6 TAHUN, AZLEE KHAIRI DEDAH SIAPA BAKAL ISTERINYA?!!
    19/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Pelakon yang popular menerusi…
  • Luahan Hati Selamat Omar, ayah kepada Mohd Khairul Amri Yang Menaiki Pesawat MH370!
    19/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Keluarga penumpang MH370 yang…
  • Isu Lafaz Talak Di Lokasi Penggambaran : Ini Penjelasan Suami Izreen Azminda!
    21/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Suami kepada pelakon jelita Izreen Azminda,…
  • Punca sebenar pernikahan Sham Kamikaze & Nurul Halimin tidak sah dan terbatal!
    27/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Berita gempar buat peminat industri…
  • Selepas Baca Laporan Ini, Saya YAKIN Boikot Bukanlah Satu Usaha Yang Sia-Sia?
    12/07/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com TEL AVIV - Dalam keghairahan membedil…
  • EKSKLUSIF: [WAJIB BACA!] DR. MAHATHIR DEDAH SENARIO DI SEBALIK KRISIS KEWANGAN 1997 - 1998
    30/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Pada Mei tahun itu (1997), saya…
  • Brunei Tangguh Hukuman Hudud Atas Desakan PBB??? Betulkah Dakwaan Ini??!
    23/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Bandar Seri Begawan: Brunei menangguhkan…
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus