PUNCA SEBENAR Pelakon Transformers DITAHAN POLIS!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

PUNCA SEBENAR Pelakon Transformers DITAHAN POLIS!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com


LOS ANGELES – AMERIKA SYARIKAT. Pendukung watak utama siri Transformers, Shia LaBeouf ditahan pihak berkuasa di sebuah studio kerana menyebabkan gangguan dan menggunakan bahasa lu-c-ah kepada pihak berkuasa.

Menurut jurucakap pihak New York Police Department (NYPD), George Tsourovakas, pihaknya menerima laporan berkenaan kelakuan luar batasan aktor tersebut di studio terbabit dan sebaik tiba di sana, pengawal keselamatan telah pun mengarahkan LaBeouf untuk beredar namun dia enggan berbuat demikian.

Sejurus selepas itu, pemegang watak Sam Withwicky bagi siri Transformers itu menjadi tidak terkawal dan mula mengeluarkan perkataaan lucah sehingga mengganggu ketenteraman orang awam.

“Dia menjadi sukar, agresif dan tidak terkawal secara lisan, sehingga ke satu tahap, beliau enggan beredar walaupun diminta oleh pihak pengawal dan ketika itulah pihak kami terpaksa ambil tindakan.

“Beliau kini telah ditangkap dan ditahan,” katanya.

Mengesahkan penahanannya, Pegawai Penyiasat Brian Sessa berkata, LaBeouf terpaksa diiring keluar dari studio tersebut bersama pihak polis selepas gagal bekerjasama dengan pihak polis.

Menurut sebuah laporan portal semalam, dia kini berada dalam tahanan pihak polis untuk tindakan lanjut manakala jurucakap LaBeouf masih gagal untuk dihubungi bagi kenyataan lanjut.

Sumber: Sinar Online
  • 7 Kisah Pengalaman
    07/07/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Pernah dengar iklan berbunyi seperti…
  • MH370 -Kenapa Tidak Ada Media Asing Perdana Laporkan Tentang Sightings Di Maldives ....Kerana Diego Garcia Melibatkan Amerika ?
    22/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com MH370 - Tidak Ada Media Asing…
  • #MH370: BONGKAR! Punca SEBENAR Keluarga Kapten Zaharie 'Bersembunyi' ??
    23/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com PETALING JAYA - Keluarga Kapten…
  • PENDEDAHAN TERKINI! Sumber dakwa pesawat MH370 ditembak dalam latihan tentera!
    19/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com SYDNEY - AUSTRALIA. Buku pertama yang…
  • (3 Gambar) Lelaki terberak dalam bas ekspres, penumpang marah tak tahan!
    08/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Satu kejadian yang amat menggelikan hati…
  • (KISAH BENAR) Strategi Cina Halang Perniagaan Telco line Altel Milik Melayu!
    29/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Telco line Altel milik Melayu, internet…
  • (7 Gambar) Hani El Zahra,Gadis Islam Bertudung Peluk Anjing Viral Di Laman Sosial!!
    24/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Beberapa keping gambar seorang gadis…
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus