VELLFIRE oh VELLFIRE... berdosakan Ustaz pakai VELLFIRE..??

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

VELLFIRE oh VELLFIRE... berdosakan Ustaz pakai VELLFIRE..??

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com


1) Isu Vellfire heboh dalam media sosial. Rasa sedih dan dukacita apabila ustaz saya diserang demikian rupa seolah-olah Ustaz itu kemaruk dunia, cakap tak seropa bikin, sudah tidak zuhud lagi dan sebagainya.

2) Saya tidak mahu ulas mengani isu Vellfire. Tidak pula mahu menjawabnya. Biarlah ia menjadi ujian kepada Ustaz, kerana Allah tahu kemampuan Ustaz untuk mendepaninya. Kerana ombak fitnah dan persepsi, atau juga gelombang troll meneroll sudah menjadi mainstream dalam dunia hari ini. Apasaja jawapan yang diberikan, pasti akan ada troll balas terhadap jawapan itu.

3) Dalam tulisan saya ini, saya mahu mengajak diri saya dan juga semua pendakwah, pejuang Islam, ahli harakah Islamiyyah seumpamanya... termasuk jua sesiapa sahaja yang memegang panji-panji dakwah agar memperkemaskan diri dengan ilmu yang hidup, bukan ilmu yang hanya pada ceramah dan kuliyah sahaja.

4) Kerana sasaran mad'u yang ada pada hari ini adalah generasi yang kritis dan terbuka. Mereka perlu diyakinkan dengan hujah yang kukuh dan contoh yang terang dan jelas. Jika samar-samar, mereka bukan sahaja tidak akan percaya bahkan akan memberi respon balas.


5) Generasi muda pada hari ini dahulunya membesar dengan cerita batu belah batu bertangkup, yang mana seorang ibu kecewa terhadap anaknya yang makan habis telur ikan tembakul - sehingga membunuh diri dalam batu belah batu bertangkup. Generasi kanak-kanak dahulunya menganggap bahawa anak-anak itu tidak patut mengecewakan ibunya. Tetapi generasi hari ini, mempertikai kenapa si ibu itu 'bodoh sangat' membunuh diri hanya kerana telur ikan tembakul, dan bodoh kerana tidak memahami jiwa anak kecil yg sedang membesar.

6) Generasi anak-anak yang dahulunya menganggap Jerry itu bijak menyelamatkan diri daripada Tom dalam kartun animasi Tom and Jerry, generasi anak-anak hari ini menganggap Jerry itu sebenarnya jahat yg membuli Tom.

7) Generasi dahulu yang menerima ajaran daripada guru-guru yang mengajar tanpa mempertikai kewibaan guru-guru, hari ini meminta bukti kesahihah sesuatu ilmu daripada guru-guru yang mengajar.

8 ) Maka termasuklah isu Vellfire. Apabila dilontarkan oleh orang-orang yg tidak diketahui niatnya, maka orang ramai yg kritis memberi respons. Mereka mempertikai kenapa, kenapa dan kenapa. Antara mereka, ada yang ingin tahu, ada yang ingin menjerat, ada yang ingin memfitnah, ada pula yang inginkan penjelasan yg kukuh.

9) Salah satu persepsi yang buruk yg selalu diterima seseorang adalah sebelum menjadi wakil rakyat, biasa saja...selepas jadi wakil rakyat, mewah pula. Amukan persepsi tidak mengira samada guna duit sendiri atau duit anak isteri. Sedangkan Saiyidina Uthman yg sudah kaya sejak zaman awal Islam di Mekah lagikan difitnah.

10) Saya rasa bukan isunya Vellfire itu tidak boleh dimiliki oleh Ustaz. Tetapi jika takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai. Jika tidak mahu dilambung fitnah, jangan membeli Vellfire. Saya yakin, Ustaz sudah fikir kemungkinan dilambung fitnah dan asakan persepsi demikian, sebab itu ustaz beranikan diri juga membelinya, atas nama zaujah Ustaz. Maaf jika saya tersalah fakta. Bagi saya, jika alasan anak-anak sudah besar untuk dimuat dalam kereta lama, dua buah Toyota Innova atau seumpamanya lebih baik drpd satu Vellfire atas maslahah meredakan fitnah. Terpulang kepada kebijaksanaan Ustaz.

11) Dari segi persepsi lain, serangan terhadap Ustaz seolah-olah menjurus kepada seakan serangan mereka terhadap Ustaz Nasharudin Mat Isa. Mereka mahu mengasak sampai tumbang atau sampai terkeluar daripada perjuangan, seperti Ustaz Nasha. Jika jiwa tidak kuat, mudah berkecil hati, mudah sahaja Ustaz akan mengikut jejak Ustaz Nasha.

12) Label geng UG yang di chop terhadap Ustaz pasti akan merancakkan serangan mereka terhadap Ustaz. Dan sokongan facebooker El-Haraki terhadap Ustaz akan memburukkan lagi persepsi terhadap Ustaz. Saya tidak mempunyai kedudukan yang baik dan mulia untuk memberi nasihat dan teguran kepada Ustaz. Namun saya tidak mahu Ustaz terbabas kerana asakan ini. Ilmu ustaz masih diperlukan untuk membimbing ummat dan ahli harakah perjuangan ini.

13) Kepada kita semua, ingatlah:
Rasulullah s.a.w bersabda: "Janganlah kamu saling memutuskan hubungan silaturahim, janganlah kamu saling belakang-membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad dengki. (Sebaliknya) jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi tiga hari". (Hadis riwayat Imam Malik, Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan Nasaie).

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang mempertahankan maruah kehormatan saudaranya nescaya Allah akan menjaga wajahnya dari seksaan api neraka di hari kiamat". (Hadis riwayat Tirmizi).

Oleh: Dr Tanaka Mustafa
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus