Algeria Kalah Sebab Puasa? MasyaAllah, Baca Jawapan Penjaga Gol Algeria Ini!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

Algeria Kalah Sebab Puasa? MasyaAllah, Baca Jawapan Penjaga Gol Algeria Ini!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com



PORTO ALEGRE: Penjaga gol Algeria, Rais M’Bolhi menegaskan kekalahan 1-2 pasukannya kepada Jerman dalam masa tambahan, sekali gus tersingkir daripada saingan Piala Dunia, bukan kerana rakan pasukannya berpuasa. 

M’Bolhi yang dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan pagi tadi berjaya menghalang percubaan Jerman sebelum Andre Schuerrle dan Mesut Ozil menjaringkan gol kemenangan dalam masa tambahan.

Algeria memperoleh gol saguhati yang memberi sedikit harapan menerusi pemain gantian, Abdelmoumene Djabou beberapa minit sebelum wisel penamat. 

Selepas menyerang balas Jerman dengan garang dalam tempoh 90 minit permainan tanpa jaringan, pemain Algeria kelihatan penat dalam masa tambahan tetapi M’Bolhi berkata ia bukan disebabkan Ramadan. 

Kebanyakan pemain Algeria dilaporkan sedang berpuasa dan hanya boleh minum air pada penghujung babak pertama perlawanan. 

“Tidak, saya tidak fikir (itu adalah satu faktor), kami sudah bersedia untuk bermain dalam masa yang ditetapkan, tiada siapa yang percaya bahawa kami dapat mengekalkan prestasi seperti itu.

“Bukan soal fizikal, semua pemain mampu dan bersedia untuk bermain, kami hanya melepaskan dua gol pada lewat perlawanan. 

“Ini adalah soalan peribadi, ia antara kami dan Tuhan. Saya tidak fikir saya perlu jawab soalan anda, puasa adalah satu perkara peribadi,” kata M’Bolhi. - AFP
  • EKSLUSIF: Transkrip komunikasi terakhir #MH370 dengan menara kawalan didedahkan!!
    22/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com KUALA LUMPUR: Komunikasi pada 54 minit…
  • PENDEDAHAN EKSLUSIF! APA SALAH PAK LAH SEHINGGA NAMA BELIAU BERADA PALING ATAS SENARAI YANG DIAWASI AGENSI KESELAMATAN USA?
    31/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Dokumen rahsia yang didedahkan oleh…
  • INFO - DIEGO GARCIA, PUSAT KERAJAAN DAJJAL DI TENGAH LAUTAN??
    05/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, berapa…
  • Tan Sri Syed Mokhtar cadang ambil alih Malaysia Airlines (MAS)... Apa Sebab Utamanya??
    19/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Tokoh konglomerat, Tan Sri Syed Mokhtar…
  • Ini Respon Julia Ziegler Isu Mabuk dan Menjerit-jerit di Australia!
    30/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Respon Julia Ziegler isu mabuk dan…
  • PANAS BERAPI! KENAPA PERLU HINA POLIS TRAFIK SEPERTI ANJING JALANAN???
    16/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Patut ke menghina anggota polis trafik yang…
  • Cara Penggunaan Gear Automatik Dengan Betul.... Ramai yang Selalu Tersilap!
    01/07/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Tukar gear auto dengan cara salah boleh…
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus