BONGKAR! Coklat Pepero Tiada Sijil HALAL??

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

BONGKAR! Coklat Pepero Tiada Sijil HALAL??

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com


Pepero ni produk coklat dari Korea yang dikeluarkan oleh syarikat Lotte Confectionery. Ramai cakap Pepero mengandungi bahan yang meragukan. Ditambah dengan tiada status pengesahan halal dari mana-mana Badan Pensijilan Halal membuatkan status halalnya pun diragui.

Menurut JAKIM, produk Pepero tidak mempunyai pengesahan halal daripada Badan Islam negara tersebut ataupun dari Badan Pensijilan Halal Luar Negara yang diiktiraf mahupun dari JAKIM. Justeru, pihak JAKIM pun tak dapat mengesahkan status halal produk berkenaan.

Kandungan bahan yang digunakan dalam penghasilan coklat Pepero
Menurut Sahabat Halal pula melalui status mereka di Facebook [KLIK SINI], banyak soalan diajukan berkenaan status halal coklat Pepero dari Korea ni. Kesimpulan yang dapat mereka buat adalah:

Didapati coklat Pepero ini tiada status halal dari mana-mana Badan Pensijilan Halal.
Pada kandungan produk ini mengandungi beberapa ramuan yang diragui (syubhah) antaranya WHEY POWDER, GLYCERIN, SODIUM PHOSPHATE & SHORTENING.
Apabila sesuatu produk mengandungi ramuan yang syubhah dan tiada pula status halal, maka wajar dielakkan produk sebegini.

Perkara syubhah ni sangat bahaya. Ada dijelaskan dalam sebuah hadis yang bermaksud:
Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram pun jelas. Di antara keduanya terdapat perkara yang syubhah (yang masih samar-samar sama ada halal atau haram) yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Sesiapa yang menghindarkan diri daripada perkara syubhah, maka dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Sesiapa yang terjerumus dalam perkara syubhah, maka (dibimbangi) ia akan terjatuh dalam perkara haram.
(Shahih Al-Bukhari, no. 52, 2051. Muslim, no. 1599)

Sebaik-baiknya kita elakkanlah daripada terlibat dengan benda-benda syubhah ni. Selagi coklat Pepero belum disahkan halal oleh Badan Pensijilan Halal yang diiktiraf, jangan mengada-ngada nak makan jugak (kalau dah tahu tiada pengesahan halal). Sebagai umat Islam, perkara macam ni jangan dianggap remeh atau dibuat main-main.

Semoga hidup kita semua akan dirahmati dan diredhai Allah SWT.

MOHON SEBARKAN


  • BONGKAR! PA PROF IZZI TAMPIL DEDAH KELAKUAN SEBENAR!!
    08/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Susulan laporan polis yang dibuat oleh Nurul…
  • Anak Terkunci Dalam Kereta, Ibu Enggan Benarkan Pecah Cermin !
    08/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Seorang ibu panik apabila anak lelakinya…
  • BAYI LELAKI 6 BULAN MAUT AKIBAT LEMAS TERBELIT DALAM SELIMUT LEBIH SEJAM DI RUMAH PENGASUH!
    12/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Putrajaya: Seorang bayi lelaki berusia…
  • Semua Kakitangan MAS Yang Terlibat Dengan Penerbangan MH370 Akan Disiasat
    17/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Semua Kakitangan MAS Yang Terlibat Dengan…
  • Kisah lelaki tonton video L_U_C_A_H gagal masuk ke Masjidil Haram!!
    15/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Gambar hiasan SALAH satu kisah menarik…
  • LUAHAN HATI ROZITA IBRAHIM : INILAH PUNCA SEBENAR BELIAU TIDAK LAGI BERPURDAH....
    25/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Ramai mengetahui Rozita Ibrahim,…
  • MENGEJUTKAN! Jiran Remaja OKU, Zul Mengaku Amal Hubungan S3JENIS Sejak 20 Tahun Lalu!
    27/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Nilai: “Agama saya cuma atas kertas,…
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus